santai

Tak tercapai akalku

4:27 PG

Hello semua,

Hari ini saya nak berkongsi gambar-gambar dari http://www.etsy.com/ Laman web ni menempatkan hasil kerja tangan tak kira dalam bentuk apa pun, crochet ke .. paper craft ke, beadings, sewing .. apa-apa saja lah. Barang-barang yang dijual pun ada yang jual pattern saja, ada jual barang yang dah siap, pendek kata ikut suka hati lah. Tengok punya tengok, terjumpa lah 'kedai' ni http://www.etsy.com/shop/KTBdesigns .. mak ai .. tak tercapai akalku. Tuan punya kedai ni mesti terer giler crochet ni .. korang tengok aje laa apa benda aje yang dia tak boleh buat .. ha .. tengok tengok tengok


set masakan .. siap dengan telur lagi tu ..



toiletries .. botol losyen pun ada tuu


ni .. nak main scrabble atau dam aji .. domino pun ada .. ha . . lagi lagi


nak buat cookies? butter pun ada tu ..


set untuk anak-anak dara berangan .. siap dengan lipstik tu ..

masyaAllah .. cantik cantik sungguh .. pandai nye orang ni .. hmm .. kita bila lagi?? Kalau nak tengok lagi . .pegi la ke http://www.etsy.com/shop/KTBdesigns .. ada banyak lagi .. macam-macam ada ..


santai

Even trees need some love

1:55 PTG


Hello semua.. found this picture from http://pride4us.com/hisham/blog/khas-buat-perempuan-yang-suka-mengait.html . Here is the story ..


Tree Cozy
Tree, Yarn
600″h x 300″w x 300″d(varies)
2005 Sculpture in the Heights Public Art Competition, Heights Arts, Cleveland Heights, OH (juried) Winner - 2005
Tree Cozy is a tree – a natural object representing masculinity and strength –covered with a crocheted cozy – an emphatically handmade blanket representing femininity and comfort. On the most obvious level, it is a piece of clothing, personifying the tree and keeping it cozy and colorful throughout the year, enhancing the beauty of nature. On another, the brightly colored crocheted cozy wraps the tree in personal and cultural nostalgia evoking memories of bygone times and places when life was good. On yet another level, the cozy softens the strong tree form while also emphasizing it. It simultaneously caresses and encases the tree. The cozy covering the tree fluctuates between comforting blanket and suffocating cover-up; it conceals as much as it protects; it hides as much as it reveals. Tree Cozy was on display from 2005 through 2008 in Cleveland Heights, OH in front of Cleveland Heights City Hall.
The Wendover works were completed during a Center for Land Use Interpretation (CLUI) art residency in Wendover, Utah during the summer of 2007. The pieces utilized 300 crocheted “cells” ranging in size from 12” to 36” in diameter. Building upon ideas in earlier work – masculinity vs. femininity, man’s intrusion upon nature, comfort vs. confinement – this series explores the repercussions of injecting (wo)man-made objects into the Utah environment. When the cells intrude upon the existing environments, they form vibrant viruses. Oozing out of mountains and over buildings and bunkers, blossoming in the stark white Salt Flats, the viruses are beautiful – colorful, intriguing, mysterious – as well as dangerous – intruding upon the natural landscape, covering and smothering native plants and habitats, injecting synthetic material into natural environments. They shift between organic and artificial, decorative and deadly.

Agak-agak ada tak sesiapa nak buat macam ni? he he he......

Baby Mawaddah

4:35 PG



Ingat tak hari tu aku ada kaitkan baju dan stokin untuk baby Mawaddah, anak sahabatku di Leicester ini? Ujian Allah ke atas sahabatku, anakandanya kini kurang sihat dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi, LRI sejak petang semalam. Di pohon agar sesiapa yang membaca tulisan saya ini tolonglah doakan semoga baby Mawaddah akan kembali sihat dan dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Moga Allah memberikan kekuatan kepada Min dan Mahyudin menghadapi dugaan dan ujian Allah ini .. Aminn.. aminn ya Allah.

santai

Japanese Crochet Obsession!!

4:51 PG


Makin banyak aku browse pattern di internet ni .. makin aku jatuh cinta laa dengan pattern-pattern dari Japan. Lawa-lawa i tell you. Patternnye comel-comel, kemas dan unik. Ini yang makin bersemangat nak belajar dan buat crochet ni. Ini dia beberapa gambar dari buku yang dah dapat aku download dari internet.





Haaa .. kalau ada sesiapa yang berminat .. u let me know.. ok! Happy crocheting!!

Nak beli ke tidak?

4:22 PG





Hello semua .. hari ini aku browse internet seperti biasa.. cari-cari apa-apa pattern crochet yang menarik. Terjumpa laa buku ni .. wahh .. sungguh cantik pattern nye. Kalau boleh buat ni .. buat edging untuk langsir ke .. untuk beg ke .. sure lawa giler. Hati ni mula laa terasa nak membeli ni .. tapi .. buku ni kat jepun nun .. camne nih .. kalau nak beli memang boleh dari ebay ke .. yesasia ke .. tapi .. mahai laa pulak sebab kos penghantaran nye aje dah berapa. Buku tu aje dah USD$29 lebih kurang. Hmm ... nak beli ke tak .. nak beli ke tak?? Ke .. kita tunggu aje orang-orang yang 'baik hati' scan buku ni dan upload kat internet .. boleh aku download melalui rapidshare ke .. mediafire ke.. hehehehe .. Buat sementara ni .. layan aje laa gambar-gambar yang ada ni ... Orang Jepun ni .. kalau tengok buku-buku diorang memang teruja laa .. cantik-cantik belaka.. dengan warna yang menarik, pattern yang comel..boleh 'mabuk' dibuatnye .. hehe .. oklah. Tak mau celoteh panjang-panjang sangat.





Crochet

Dah siap!!

1:28 PG






Alhamdulillah setelah 2 hari akhirnya siap juga slipper untuk anak tersayang .. cantik tak? Bila pakai memang nampak cantik terletak je slipper ni .. tapi satu jek laa 'kureng' .. benang yang digunakan tu terlalu halus so slipper ni jadi lembut sangat lah .. Jadi bagi sesiapa yang terasa nak cuba buat slipper ni dinasihatkan guna lah benang yang agak tebal .. jadi slipper tu akan kekal di kaki anda.

Pattern yang digunakan untuk buat slipper ni senang sangat. Cuma guna double crochet (dc) je .. Actually kalau betul-betul concentrate boleh siap dalam 2 jam kot .. aku ni buat sikit-sikit sebab tu la sampai 2 hari baru siap.. he he.. Nak ke patternnya? Ok .. U all buka aje laa http://goodknits.com/blog/mary-jane-slippers/ .. haa .. kat situ siap dengan gambar lagi sebagai panduan jadi senang sangat nak faham.

Ok .. good luck bagi sesiapa yang terasa nak cuba buat slipper ni ..



Sejuknyeeeee

1:51 PG


Pergghhh .. sejuk weh seminggu dua ni di UK .. seluruh United Kingdom sedang di landa snow yang amat membekukan (freezing snow). Ada tempat, snow nye setinggi 48cm .. wah wah .. dahsyat tu. Walau bagaimanapun, alhamdulillah tempat kami tinggal di leicester tidak mengalami snow yang terlalu tebal. Ada laa dalam 5-7 cm je kot .. tapi cukup laa untuk membuatkan badan menggigil. Bila sejuk-sejuk sangat ni.. perasaan berkobar-kobar lah pula nak buat stokin, selimut dan mitten untuk anak-anak. Saja lah nak test pattern-pattern yang dah ada di kumpul. Planningnye nak buat yang rupa lebih kurang macam yang ni


haa ... ok tak? tapi yang dalam gambar tu pattern untuk knitting. Aku, as usual prefer crocheting more than knitting. So .. insyaAllah bila dah siap nanti aku upload gambarnye (kena siapkan hari ni juga sebab anak dah bising tanya.. he he)

Knitting

12:25 PTG



Ada sesiapa yang minat mengait jarum dua (knitting)? Dulu saya ada juga belajar knitting ni dari mak tapi bila lama-lama rasa tension dan tak sabar sebab lambat sangat nak dapat hasilnya dan nak kena jaga 'stitches' nye .. kalau terlepas satu nanti berlubang lah pula. Anyway .. kalau ada sesiapa yang nak belajar knitting ni .. pergi ke http://www.knittinghelp.com/videos/knitting-glossary .. di website ini ada videos yang menerangkan setiap arahan dalam knitting ni seperti ssk (slip slip knit), ktog (knit together) dan sebagainya. Kalau baca dari buku atau dari pattern memang le tak faham (bagi orang yg tak reti knitting macam saya la). So bila tengok video tu .. ohhh .. senang aje rupanya. Tengoklah nanti bila rajin nak belajar lah knitting ni semula.. he he.

Oh ye.. untuk yang dah mahir knitting ni .. boleh la pergi ke website yang ini pula .. http://www.knittingonthenet.com/stitches.htm. Di website ini pula ada semua (rasanyalah) knitting pattern yang cantik-cantik .. contohnya





haaa... yang ni semua ada lah kat website tu. Cantik-cantik you! Bila dah pro pula boleh laa try buat projek-projek yang lebih 'susah' .. buat kasut ke, beg ke.. apa-apa aje lah. Yang tu pun banyak ada kat internet ni.. tapi saya tak cari la lagi sebab lebih suka crocheting daripada knitting.. he he .. sorry...


Selamat mencuba.






Popular Posts