tutorial

Head sizes for Crochet hats

7:10 PTG

Salam semua,

Saya selalu pening kepala bila buat crochet hat sebab nak buat saiz yang sesuai dengan kepala .. saya terjumpa chart ini dari http://crochet-mania.blogspot.com. Harapnya dapat membantu kawan-kawan juga.


Head Sizes for Crochet Hats

Newborn
Head Circumference 13" - 14 "
Hat Circumference = 11.5" - 13"
Hat height = 5.5 to 6"
.................................................................
Baby - 3 to 6 months
Head Circumference: 14" - 17 "
Hat height= 6.5 - 7"
.................................................................
Baby - 6 to 12 months
Head Circumference: 16" - 19 "
Hat height = 7.5"
.................................................................
Toddler -12 months - 3 years
Hat height = 8"
Head Circumference: 18" to 20 "
.................................................................
Child - 3 - 10 years
Hat height =8.5"
Head Circumference: 19" - 20 1/2"
.................................................................
Teens
Hat height 9-10"
Head Circumference: 20 1/2" - 22"
.................................................................
Adult Woman
Head Circumference: 21.5" - 22.5" 

.................................................................
Adult Man
Head Circumference: 23" - 24" 

Booties

Hola amigos

7:01 PTG

Assalamualaikum ..

Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog ni. Maklumlah raya kan sebulan .. hehe. Macamana dengan sambutan hari raya kawan-kawan semua? Tentu meriah juga. Alhamdulillah tahun ini memandangkan taman perumahan yang saya duduki sekarang ni baru je di buka tahun lepas, jadi tahun ini kami menganjurkan ziarah dan marhaban dari rumah ke rumah selama 3 hari berturut-turut. Seronok tu seronok juga tapi memang penat. Bayangkan kami berjalan mengunjungi purata satu malam tu .. 11 rumah yang kami kunjungi. Bermula dari pukul 9 malam sehinggalah 12 tengah malam. Setiap rumah pula menyediakan berbagai juadah .. fuhh.. memang betul-betul beraya lah tahun ini. Yang sedihnya berat badan pun bertambah lah sebab asyik makan aje .. huhu. Tak pe lepas ni diet semula.

Walau apapun .. aktiviti crochet masih tetap berjalan seperti biasa. Sepanjang sebulan yang lalu saya dah siapkan tempahan 17 pasang booties dan 15 headbands (lupa pulak nak snap gambar semuanya). Sekarang ni saya sedang menyiapkan tempahan topi dan kasut pula. Alhamdulillah rezeki Allah beri kepada saya .. pada masa yang sama saya seronok dapat buat topi dan kasut untuk baby-baby yang comel-comel di luar sana. Selain itu ada juga saya terima tempahan membuat bunga-bunga pelbagai warna. Harapnya semua pelanggan saya berpuas hati.

Anyway .. ini lah hasil kerja tangan saya sepanjang sebulan yang lepas>>

Brimmed hat/cap for boys. Girls pun boleh juga pakai topi ni.


Booties 

head bands

Boys boot

50 kuntuman bunga .. really enjoyed making them.

Ok .. itu sahaja buat kali ini .. semoga hari-hari yang mendatang akan memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada kawan-kawan. Happy crocheting semua!

Wassalaam.

Popular Posts