Crochet

Knitting vs Crocheting

1:18 PG

Aduh aduh .. cepat betul masa berlalu .. hari ni sudah 30 Januari 2011 .. tinggal sehari sahaja lagi dan kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Setahun sudah berlalu .. sudah berapa banyakkah cita-cita yang telah kita capai dalam hidup kita? Samada tercapai atau tidak cita-cita kita .. kita harus yakin bahawa kita hanya merancang dan perancangan Allah lebih baik. Apa yang kita boleh lakukan ialah berdoa semoga tahun yang akan datang ini akan membawa kecemerlangan kepada kita baik dari segi kerohanian, keimanan, ketakwaan kepada Allah mahupun kebahagiaan dan kejayaan duniawi.


Sessi persekolahan akan bermula hanya 4 hari lagi. Alhamdulillah, akhirnya saya telah menyiapkan knitted pencil case untuk anak saya seperti yang saya cerita kan dalam entry yang lepas. Kalau di tanya mana yang lebih best, crochet atau knitting? Jawapannya, baik crochet mahupun knitting, kedua-duanya memberikan keseronokan dan kepuasan yang tak terhingga tatkala melihat hasil akhir 'projek' tersebut .. hehe. Saya ni bukannya terer sangat nak mengarang ayat-ayat ni .. so .. tengok aje lah yer hasilnya. 

knitted pencil case

Hiasan di luar tu anak saya yang buat sendiri .. dia nak hasilnya unik dan perfect .. so .. saya suruh dia buat sendiri supaya dia puas hati.

Gambar yang di bawah ini pula saya buatkan beg kecil bersaiz 8x6 inci untuk kawan jiran saya. Yang ini saya crochet .

crocheted small bag

Saya mengambil masa hampir 2 hari untuk knitting pencil case tu dan cuma sejam lebih untuk crochet beg kecil tu (actually, saiz 'base'nya sama, cuma bentuk je lain).So .. kesimpulan yang saya dapat .. kalau nak hasil kaitan yang cepat dan tidak kurang menariknya .. gunalah crochet. Kalau nak hasil kaitan yang lebih halus dan mempunyai kesabaran .. gunalah knitting .. ha ha .. u all jangan lah guna teori saya ni .. ini teori untuk diri saya sahaja. 

Ok lah .. Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun hadapan akan membawa kejayaan kepada kita semua, dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Happy crocheting and knitting semua!

Crochet

Back to school project

10:18 PTG






Dalam entri saya yang lepas saya ada menceritakan tentang 'projek back to school' yang sedang saya usahakan. Alhamdulillah, akhirnya pada hari Sabtu lepas saya telah berjaya menyiapkan dua pencil case untuk anak-anak jiran saya, Cik Ita. Actually saya nak buat untuk anak saya dahulu tapi anak saya request nak KNITTED pencil case .. bukan CROCHETED pencil case .. huhu. Anyway, after a few trials and errors, maka terhasil lah dua pencil case yang .. not bad lah to me. Kalau tengok dekat-dekat, belek betul betul, tak ler perfect sangat pencil case nih. Maklumlah first time buat jadi agak kurang kemas joinings nyer. Apa-apa pun tuan punya pencil case ni suka sangat bila dapat pencil case tu dan saya pun tumpang gembira. Sebenarnya saya sedih sebab Cik Ita akan berpindah ke rumah yang lain hujung bulan ni. Hilanglah seorang sahabat yang baik saya di taman perumahan ini.... sedih .. sedih.. Harapnya setiap kali mereka lihat pencil case ni mereka akan teringat pada saya .. jiran yang selalu ajak mereka teman saya ke sana ke mari .. hehe. 

Berbalik kepada projek 'back to school' saya tu.. since anak saya request nak knitted pencil case, maka .. buat julung-julung kalinya saya menguatkan semangat untuk mencuba pula kait jarum dua atau knitting. Seronok juga knitting ni sebenarnya. Memang menjadi cita-cita saya untuk belajar baca pattern knitting cuma tak tau apa nak buat. So .. untuk percubaan pertama saya cuma buat stocking stitch je dulu. Alhamdulillah it turn out quite ok. Hopefully saya dapat siapkan pencil case untuk anak saya sebelum cuti sekolah berakhir .. huhu .. tinggal seminggu je lagi. Wish me luck!!

Anyway, just a quick look to the knitted pencil case work in progress >>

 

Ecehceh .. bangga sangat lah tu .. hahaha. To all experts knitters out there .. sorry yer.. saya ni nak bangga-bangga sangat ler pulak ni .. hehe .. bukannya apa .. tak sangka boleh juga mengait jarun dua .. hehe.

Ok .. nanti saya update lagi hasilnya .. soon .. insyaAllah.

Happy crocheting .. and .. ehmm .. Knitting to everyone! (^^,)



crochet hat

Howdy Do?

5:37 PTG

Assalamualaikum semua

Salam pagi Jumaat, 27 Muharram 1433. Apa agaknya aktiviti kawan-kawan semua hari ini? Cuti sekolah dah semakin ke penghujungnya. Tentu semua sibuk dengan persiapan 'back to school' untuk anak-anak masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan agak sibuk dengan persiapan sekolah ni. Tahun hadapan ketiga-tiga orang anak saya akan bersekolah di sekolah yang sama .. alhamdulillah .. kurang sikit kos minyak kereta nanti .. hehe. Tahun 2011 ni anak saya yang bongsu tu bersekolah di tadika yang agak jauh dari rumah saya. ALhamdulillah tahun hadapan dia diterima ke pra sekolah di sekolah yang sama dengan abang dan kakaknya jadi senang lah sikit nanti. Harapnya nanti dia tak lah banyak songeh tak mau ke sekolah lagi seperti tahun ini.. huhu .. anak yg bongsu ni manja terlebih sikit (biasa laa kan).

Sempena sessi persekolahan yang akan bermula nanti .. saya rasa 'terpanggil' untuk mencuba membuat crocheted pencil case untuk anak saya. Saja nak buat something untuk anak saya sebab selama ni dok mengait untuk orang lain jek.  Pencil case ni belum siap sepenuhnya lagi. Kalau jadi dan rupanya cantik saya akan post lah kat entri yang akan datang .. hehe .. anyway .. just a quick look to the work in progress>>


Nampak macam senang nak buat pencil case ni tapi rupanya agak susah juga nak tentukan saiznya dan bentuknya dan nak disesuaikan dengan panjang zipnya. Entah .. maybe saya yang kurang mahir sebab ini percubaan pertama saya. Practice makes perfect kan? Kita kena belajar dari pengalaman.

Hmm .. semalam dan hari sebelumnya saya dah pos dua topi, 4 headband dan 3 pasang booties dan  sepasang mittens untuk dua orang customer saya yang begitu sabar menanti saya menyiapkan tempahan mereka.. hehe .. thanks ya Puan Aizaan dan Puan Iza dari  KL. Harapnya berpuas hati. Oh ya, dalam entri yang lepas saya ada cerita tentang order dari Cik Mas .. kalau u all nak tengok baby Cik Mas yang comel menggayakan topi hasil kait saya boleh la ke blog Cik Mas di http://misschokodoxstory.blogspot.com/. Thanks Cik Mas kerana sudi ambil gambar baby Eeman dengan topinya. Semoga Allah murahkan rezeki Cik Mas sekeluarga.

Order Puan Iza




Order Puan Aizaan


Few orders done, more to do.. alhamdulillah. Sekarang saya nak beralih ke order yang seterusnya dalam list saya. Terima kasih di atas sokongan anda kepada hasil kaitmengait saya yang tak seberapa ini. Semoga Allah memberikan hidayah dan keimanan kepada kita semua.

Till we meet again in the next entry, gracias, adios monalitos!

wassalam.

Crochet

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

8:57 PTG


.... Something turns to nothing
and nothing makes you cry
there are something in that something
its gone and you wonder why
life can't be lived in one thing
for that one thing could be that something
so wipe those tears of nothing
for tomorrow there will be something.....




Assalamualaikum semua.

Hmm .. lain macam je tajuk entri saya kali ni kan.. huhu .. saya memang tengah rasa kehilangan.. sedih.. sayu .. **sigh**. My life used to feel so complete. I used to have my dreams. I used to have a place i can always turn to or refer to. I could spend hours and hours just by admiring and looking at the beautiful pictures .. but now its all gone .. now .. i have nothing ..zero .. all my hard work, my dreams, my inspiration, my memories .. all are gone.. sedih .. sedih sangat. U all nak tau ke apa yang saya merepek kesedihan nih? Betul nak tau? Apa yang saya sedih sangat ni .. apa yang membuatkan saya rasa kehilangan sangat ni .. semuanya kerana laptop saya KAPUT .. rosak. Mesti u all kata .. "ek eleeh .. laptop rosak ke .. beli aje laa baru" .. memang .... memang husband tercinta saya dah belikan laptop yang baru (thanks dear!).. tapi ia tetap tidak dapat mengganti dan mengubati kesedihan saya sebab dalam laptop saya yang rosak itulah tersimpannya beratus-ratus file pattern, gambar-gambar, tutorial, dan sumber rujukan saya kepada dunia CROCHET saya. Dan kebanyakan pattern2 tu saya belum berkesempatan nak mencubanya lagi di sebabkan kesuntukan masa. Penat lelah saya selama 3 tahun 6 bulan di bumi United Kingdom mentelaah, buat research, mengumpul.. hilang begitu saja. Sedih... sedih sangat..... uwaaaaaaaa... :((

Apa pun .. hidup mesti diteruskan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. nasihat saya kepada kawan-kawan semua .. sayangilah apa yang ada disekeliling anda ketika ini .. when its gone .. there's nothing you can do to get it back .. huhu.

Anyway .. this the latest order yang baru saya siapkan. Kasut dan topi ni di order oleh Cik Mas dari http://misschokodoxstory.blogspot.com/ .. harapnya berpuas hati.


Ok then .. terima kasih kerana sudi membaca ngomelan saya hari ini. Semoga hari-hari yang mendatang membawa kegembiraan kepada kawan-kawan semua. 

Happy Crocheting!!


Order bulan November 2011

5:49 PG


Assalamualaikum kawan-kawan.

Phewh! November bulan yang sangat bz untuk saya dalam tahun 2011 ni .. ha ha .. agaknya lah ... rasa-rasa macam setiap bulan pun bz je .. cuma bulan November 2011 banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Bermula pada awal November anak-anak sibuk dengan exam akhir tahun sekolah agama, kemudian peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan, sambutan Hari Raya Haji, birthday 'baby' saya yang ke-5 tahun (huhu .. dah besar dah anak ummi!) dan akhirnya kelas tambahan untuk anak dara saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun hadapan. Cuti sekolah untuk anak saya baru bermula secara rasminya hari ini 2hb Disember 2011 .. so boleh lah saya rehat sikit. 

Seperti biasa, despite my hectic routines everyday, alhamdulillah saya mendapat beberapa tempahan booties dan topi seperti biasa. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua yang menyokong dan menempah topi-topi dan booties-booties tersebut. 






Some of the items i've crocheted *_~

Happy Birthday Faiz!!


Alright then.. sehingga ketemu lagi di entri akan datang.. gracias, adios monalitos.




Popular Posts