RSS

Tutorial Boys Two Strap Booties

Salam semua,

Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog saya. Nak kata sibuk tu, tak juga. Cuma tak ada idea apa nak dicoretkan. Sepanjang beberapa bulan yang lepas ni saya memenuhi masa saya dengan mengait tempahan-tempahan kasut dan topi kait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Syukur ke hadrat Allah kerana saya memang seronok mengait di samping dapat juga menambah kenalan-kenalan baru. Saya juga sedang mencuba menbuat bisnes kecil kecilan dengan menjual sabun susu beras dari thailand dan juga vitamin untuk kesihatan. Kalau kawan-kawan nak cuba beritahu saya ya .. =)

Saya juga ada beberapa kali mendapat email dan juga panggilan telefon dari kawan-kawan yang ada menjenguk ke blog kaitmengait saya ini bertanya tentang pattern, cara belajar crochet dan juga bertanya samada saya ada membuat kelas mengait. Jujur saya katakan saya ni tak de la terer sangat mengait sampai boleh nak buka kelas mengait, tetapi insyaALlah kalau ada yang saya boleh bantu, akan saya bantu. Saya sendiri juga banyak berguru dengan youtube. Lagipun saya tak berapa mahir nak menerangkan melalui perkataan terma-terma crochet dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. 

Walauapapun , di atas permintaan ramai (cewah .. ramai ker??), hari ini saya nak cuba buat tutorial kasut Boys Two Strap yang pernah saya buat sebelum ini. Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama saya mencuba untuk membuat tutorial, oleh itu sebarang kekurangan haraplah di maafkan. Juga perlu diingatkan bahawa pattern kasut ini saya cuba-cuba sendiri berdasarkan kepada gambar yang saya jumpa di google, oleh itu sebarang ketidaksempurnaan kepada bentuk dan patternnya haraplah dimaafkan juga. 

Baiklah .. mula-mula buat tapak kasutnya dahulu. Bagi sesiapa yang tak pasti macamana nak buat tapak kasut boleh tgk di http://www.youtube.com/watch?v=e7TCpHbNPCs

 

Kemudian saya buat double crochet di sekeliling tapak kasut ini seperti gambar di bawah berbmula dari bahagian tumit kasut. Buat dua round yer.
 

Selepas itu saya buat satu pusingan single crochet dengan warna yang berbeza, untuk kasut ini saya guna warna hitam. Kalau tak nak buat step ni pun tak apa sebenarnya. Bila dah siap satu pusingan, matikan benang dan ambil benang lain untuk ke langkah seterusnya. 


Untuk bahagian depan kasut, saya lipat dua tapak kasut itu untuk mencari titik tengah kasut .. Titik tengah kasut tu ada pada jari saya dalam gambar di bawah ini, kemudian saya kira 7 mata ke belakang dan saya sambung dengan benang yang lain. 


Untuk gambar di bawah, saya ch2, double crochet ke mata sebelahnya, kemudian 2dctog pada dua mata berikutnya. Kalau tak faham apa itu 2dctog, boleh tengok di sini http://www.youtube.com/watch?v=mpkr5OeQbRE


Buat 2dctog sebanyak 9 kali. Hasilnya seperti gambar di bawah.


 Sekarang, langkah yang ini tricky sikit. Ch2, kemudian 9dctog. (9dctog ni sama je dengan 2dctog tadi cuma buat 9 kali sahaja)
 Gambar di bawah selepas buat 9dc,



Gambar di bawah selepas 9dctog. Matikan benang.

Sekarang, ambil benang warna berlainan dan sambungkan di bahagian yang saya letak hook crochet tu.
 Buat single crochet sehingga ke hujung yang sebelah lagi. Single crochet ulang alik sehingga 8 barisan single crochet. Matikan benang.

 'Lidah' kasut dah siap.

Dengan menggunakan 'main color', sambungkan benang ke bahagian seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, buat ch2, dan dc sekeliling sehingga sampai ke bahagian sebelah lagi dan buat dc ulang alik sebanyak 4 barisan dc terhasil.




Untuk 'strap' nya, sambungkan benang dan buat ch12, sc ke ch yang ke sepuluh, dan sc pada semua ch yang berikutnya. Buat dua kali untuk membentuk dua strap. Kedudukan strap ni saya agak-agak sahaja. 



Untuk mencantikkan kasut, saya buat border dengan warna yang berbeza, sambungkan benang pada bahagian 'badan kasut' seperti yang saya tunjukkan di gambar di bawah dengan hook saya tu, dan sc di seluruh bahagian badan kasut dan strap kasut seperti gambar-gambar di bawah. Matikan benang di point yang terakhir.

Single crochet mengelilingi bahagian strap kasut.



Akhir sekali, jahitkan dua butang ke kasut tadi dan siaplah kasut Boys two strap saya yang tak seberapa ni. Practice makes perfect .. hehe. 



So, inilah hasilnya.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya tutorial saya ni tak cukup untuk membantu kawan-kawan memahami cara nak buat booties ni. Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan apa yang kita buat dengan jari kita .. huhu. InsyaAllah saya akan mengasah ilmu menulis tutorial/pattern crochet ni pada masa akan datang.

Till then, semoga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan kepada anda semua. Wassalam.

Happy Crocheting!

SABUN SUSU BERAS

Sabun ini diperbuat dari 100% susu beras semulajadi yang diekstrak dari beras jasmin muda yang kaya dengan vitamin dan khasiat. Amat terkenal di Thailand kerana diamalkan oleh gadis-gadis tempatan di sana untuk menjaga serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit mereka.

SESUAI UNTUK>>

~ Menggebu dan mencerahkan kulit
~ Menghaluskan kulit
~ Menghilangkan parut dan kedutan dengan penggunaan yang berterusan
~ Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
~ Melembabkan kulit dan menaikkan seri wajah

KANDUNGAN

Sabun Susu Beras sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi :>>

Ekstrak Susu Beras
Vitamin B3
Vitamin E
Minyak Zaitun
Minyak Sawit
Gliserin Semulajadi

KEISTIMEWAAN SABUN SUSU BERAS

~ Membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang
~ Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
~ Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
~ Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
~ Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
~ Badan anda tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
~ Boleh menghilangkan bau badan
~ Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
~ Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita

Sila email saya di zah15@yahoo.com atau sms ke 0197662136 untuk pembelian.

Terima kasih.




CerdiQ Minda Plus Doa >> testimoni pelanggan



Harga RM41 sebotol 
Setiap botol mengandungi 90 biji tablet
Untuk membeli, sila email saya di zah15@yahoo.com atau sms ke 0197662136

Completed orders, Phewh!!

Salam 2 all,

Phewh .. I've been super duper busy since December 2011 until now, February 2012. Trying as hard as I can to complete all the orders I got for crocheting and squeezing all the errands i must do with the kids and everything at home, Alhamdulillah I managed to complete all the pending orders from November 2011. Thank you so much to my great customers who are very understanding and patiently waiting for their orders to be done. May Allah bless all of you and me too .. =) 

Anyway, these are some of the orders I have completed. Still have a few more in the list, InsyaAllah will make it done soon. 










Salam Maulidurasul


Salam Maulidurrasul kepada semua.

Bagaimana sambutan Maulidurrasul di tempat anda semua? Di Batu Pahat ni ada juga diadakan perarakan dan ceramah-ceramah umum. Teringat saya ketika di United Kingdom dahulu, walaupun United Kingdom bukan sebuah negara Islam tetapi umat Islam dan juga penganut agama-agama lain  tidak dilarang untuk menyambut mana-mana hari kebesaran dalam agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan asalkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah kami tinggal Highfields, Leicester iaitu di kawasan 'perkampungan' orang Islam. Semasa menyambut Maulidurrasul,  orang Islam di kawasan tersebut membuat perarakan sambil berselawat melalui jalan-jalan besar berdekatan pusat bandar Leicester. Walaupun jumlah peserta perarakan itu hanyalah mencecah 600 orang (agaknya lah).. tetapi laungan selawat dan takbir mereka bergema di kawasan perumahan kami. Sungguh bersemangat mereka mengingati perjuangan Nabi Muhammad saw.  Rasa sungguh terharu melihat umat Islam bersatu hati dengan satu akidah walaupun dikelilingi dengan orang bukan Islam. Terasa amat kerdil diri ini kerana walaupun tinggal di negara Islam, saya (saya tujukan pada diri saya ya), semasa sambutan Maulidurrasul masih juga sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Sudah berapa banyakkah sunnah Nabi Muhammad saw yang telah saya ikuti dan amalkan? Ya Allah .. berilah taufik dan hidayahMu kepadaku. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah, Ya Allah.

Oleh itu.. saya mengajak kawan-kawan semua dan diri saya sendiri, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya. Mari kita berusaha untuk mengenal Nabi Muhammad dengan lebih  mendalam. Jadikan Nabi Muhammad saw idola kita kerana Nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling sempurna. Kita ikutlah cara Nabi Muhammad beribadah, berkeluarga, berniaga, berpolitik, beradab .. insyaAllah akan sejahteralah hidup kita.  Marilah kita banyakkan selawat ke atas Nabi ..




Sekian, Salam Maulidurrasul kepada semua. Sehingga ketemu lagi. Wassalam.

Related Posts with Thumbnails