Fruity Crochet

2:47 PG



Got this pattern from a Brazilian web blog ... enjoy!

Crochet

The beezeeness

6:45 PG


Assalamualaikum semua,

You all nak tau tak apa yang saya dok buat sepanjang seminggu lebih ni? Haaa .. selain daripada packing barang (tak sangka banyak juga barang saya .. hu hu ) yang nak di bawa pulang ke tanahair terchenta, saya berhempas pulas menyiapkan permintaan anak saya untuk memberi sedikit cenderamata sebagai hadiah kepada cikgu-cikgu dan rakan-rakan anak saya. Sebagai ibu saya faham sangat perasaan anak-anak saya. Ye lah kan .. mereka dah berkawan baik selama 3 tahun lebih ... dan selepas ini tak mungkin dapat berjumpa lagi .. sudah tentu mereka sedih untuk berpisah. Cikgu-cikgu di sini pula memang sangat rapat dengan murid-muridnya jadi memang anak-anak saya agak sedih untuk meninggalkan sekolah di sini. Anyway, saya mengambil keputusan untuk membuat amigurumi hearts sebagai hadiah kepada mereka-mereka yang dekat di hati anak-anak saya .. dan inilah hasilnya .. ta daaa>>>>>


ok la kot kan .. ini baru sebahagian yang siap .. banyak lagi nak kena buat ni tapi tak apa .. yang penting semua orang happy. Mungkin hadiah ini tak seberapa nilainya .. tapi yang pentingnya .. it comes from the bottom of our hearts .. hehe... Kemudian, saya beli 'charm straps' dan sangkutkan kepada amigurumi hearts tersebut seperti gambar di bawah >>




 Jadi lah hadiah cenderamata untuk cikgu-cikgu dan kawan-kawan anak-anak saya. Bolehlah mereka sangkut di bag ke .. telefon ke .. hehe.. ok tak? Tak ok pun ok jugak lah. ha ha.. Bagi sesiapa yang teringin nak buat amigurumi hearts ni patternnya ada di sini.

Selain itu saya juga baru menyiapkan tempahan booties untuk anak saudara kawan saya. Harapnya tuan empunya badan suka dengan booties ini (^^,).


Ok.. sekian dahulu buat kali ini. Saya memang sangat bz sekarang ni. Barang banyak lagi tak packing ni. Doakan segala urusan saya dan urusan pengajian suami saya dipermudahkan Allah ya. Terima kasih di atas kunjungan semua ke blog saya.

Adios monalitos

Happy crocheting semua!

Popular Posts