Terlebih sudah ..

1:40 PG


Assalamualaikum semua,

Semalam saya kemas kotak yang saya simpan benang-benang yang dibeli untuk projek-projek mengait saya . . fuhh .. sedar tak sedar rupanya hampir 30 gulung benang yang belum digunakan tersimpan dalam kotak tu. Terlebih sudah!! huhu .. apa ye saya nak buat dengan benang-benang ni semua? Hmm... rasanya saya nak cuba buat beg lah pula .. dah lama saya teringin nak buat beg tapi asyik tak ada masa ... insyaAllah memandangkan sekarang ni free sikit .. boleh lah saya buat beg. Wish me luck ya!

Allrite .. happy crocheting semua!

belajar mengait

Tutorial Boys Two Strap Booties

7:49 PTG

Salam semua,

Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog saya. Nak kata sibuk tu, tak juga. Cuma tak ada idea apa nak dicoretkan. Sepanjang beberapa bulan yang lepas ni saya memenuhi masa saya dengan mengait tempahan-tempahan kasut dan topi kait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Syukur ke hadrat Allah kerana saya memang seronok mengait di samping dapat juga menambah kenalan-kenalan baru.

Saya juga ada beberapa kali mendapat email dan juga panggilan telefon dari kawan-kawan yang ada menjenguk ke blog kaitmengait saya ini bertanya tentang pattern, cara belajar crochet dan juga bertanya samada saya ada membuat kelas mengait. Jujur saya katakan saya ni tak de la terer sangat mengait sampai boleh nak buka kelas mengait, tetapi insyaALlah kalau ada yang saya boleh bantu, akan saya bantu. Saya sendiri juga banyak berguru dengan youtube. Lagipun saya tak berapa mahir nak menerangkan melalui perkataan terma-terma crochet dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. 

Walauapapun , di atas permintaan ramai (cewah .. ramai ker??), hari ini saya nak cuba buat tutorial kasut Boys Two Strap yang pernah saya buat sebelum ini. Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama saya mencuba untuk membuat tutorial, oleh itu sebarang kekurangan haraplah di maafkan. Juga perlu diingatkan bahawa pattern kasut ini saya cuba-cuba sendiri berdasarkan kepada gambar yang saya jumpa di google, oleh itu sebarang ketidaksempurnaan kepada bentuk dan patternnya haraplah dimaafkan juga. 

Baiklah .. mula-mula buat tapak kasutnya dahulu. Bagi sesiapa yang tak pasti macamana nak buat tapak kasut boleh tgk di http://www.youtube.com/watch?v=e7TCpHbNPCs

 

Kemudian saya buat double crochet di sekeliling tapak kasut ini seperti gambar di bawah berbmula dari bahagian tumit kasut. Buat dua round yer.
 

Selepas itu saya buat satu pusingan single crochet dengan warna yang berbeza, untuk kasut ini saya guna warna hitam. Kalau tak nak buat step ni pun tak apa sebenarnya. Bila dah siap satu pusingan, matikan benang dan ambil benang lain untuk ke langkah seterusnya. 


Untuk bahagian depan kasut, saya lipat dua tapak kasut itu untuk mencari titik tengah kasut .. Titik tengah kasut tu ada pada jari saya dalam gambar di bawah ini, kemudian saya kira 7 mata ke belakang dan saya sambung dengan benang yang lain. 


Untuk gambar di bawah, saya ch2, double crochet ke mata sebelahnya, kemudian 2dctog pada dua mata berikutnya. Kalau tak faham apa itu 2dctog, boleh tengok di sini http://www.youtube.com/watch?v=mpkr5OeQbRE


Buat 2dctog sebanyak 9 kali. Hasilnya seperti gambar di bawah.


 Sekarang, langkah yang ini tricky sikit. Ch2, kemudian 9dctog. (9dctog ni sama je dengan 2dctog tadi cuma buat 9 kali sahaja)
 Gambar di bawah selepas buat 9dc,



Gambar di bawah selepas 9dctog. Matikan benang.

Sekarang, ambil benang warna berlainan dan sambungkan di bahagian yang saya letak hook crochet tu.
 Buat single crochet sehingga ke hujung yang sebelah lagi. Single crochet ulang alik sehingga 8 barisan single crochet. Matikan benang.

 'Lidah' kasut dah siap.

Dengan menggunakan 'main color', sambungkan benang ke bahagian seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, buat ch2, dan dc sekeliling sehingga sampai ke bahagian sebelah lagi dan buat dc ulang alik sebanyak 4 barisan dc terhasil.




Untuk 'strap' nya, sambungkan benang dan buat ch12, sc ke ch yang ke sepuluh, dan sc pada semua ch yang berikutnya. Buat dua kali untuk membentuk dua strap. Kedudukan strap ni saya agak-agak sahaja. 



Untuk mencantikkan kasut, saya buat border dengan warna yang berbeza, sambungkan benang pada bahagian 'badan kasut' seperti yang saya tunjukkan di gambar di bawah dengan hook saya tu, dan sc di seluruh bahagian badan kasut dan strap kasut seperti gambar-gambar di bawah. Matikan benang di point yang terakhir.

Single crochet mengelilingi bahagian strap kasut.



Akhir sekali, jahitkan dua butang ke kasut tadi dan siaplah kasut Boys two strap saya yang tak seberapa ni. Practice makes perfect .. hehe. 



So, inilah hasilnya.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya tutorial saya ni tak cukup untuk membantu kawan-kawan memahami cara nak buat booties ni. Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan apa yang kita buat dengan jari kita .. huhu. InsyaAllah saya akan mengasah ilmu menulis tutorial/pattern crochet ni pada masa akan datang.

Till then, semoga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan kepada anda semua. Wassalam.

Happy Crocheting!

Popular Posts