Knitting vs Crocheting

1:18 PG

Aduh aduh .. cepat betul masa berlalu .. hari ni sudah 30 Januari 2011 .. tinggal sehari sahaja lagi dan kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Setahun sudah berlalu .. sudah berapa banyakkah cita-cita yang telah kita capai dalam hidup kita? Samada tercapai atau tidak cita-cita kita .. kita harus yakin bahawa kita hanya merancang dan perancangan Allah lebih baik. Apa yang kita boleh lakukan ialah berdoa semoga tahun yang akan datang ini akan membawa kecemerlangan kepada kita baik dari segi kerohanian, keimanan, ketakwaan kepada Allah mahupun kebahagiaan dan kejayaan duniawi.


Sessi persekolahan akan bermula hanya 4 hari lagi. Alhamdulillah, akhirnya saya telah menyiapkan knitted pencil case untuk anak saya seperti yang saya cerita kan dalam entry yang lepas. Kalau di tanya mana yang lebih best, crochet atau knitting? Jawapannya, baik crochet mahupun knitting, kedua-duanya memberikan keseronokan dan kepuasan yang tak terhingga tatkala melihat hasil akhir 'projek' tersebut .. hehe. Saya ni bukannya terer sangat nak mengarang ayat-ayat ni .. so .. tengok aje lah yer hasilnya. 

knitted pencil case

Hiasan di luar tu anak saya yang buat sendiri .. dia nak hasilnya unik dan perfect .. so .. saya suruh dia buat sendiri supaya dia puas hati.

Gambar yang di bawah ini pula saya buatkan beg kecil bersaiz 8x6 inci untuk kawan jiran saya. Yang ini saya crochet .

crocheted small bag

Saya mengambil masa hampir 2 hari untuk knitting pencil case tu dan cuma sejam lebih untuk crochet beg kecil tu (actually, saiz 'base'nya sama, cuma bentuk je lain).So .. kesimpulan yang saya dapat .. kalau nak hasil kaitan yang cepat dan tidak kurang menariknya .. gunalah crochet. Kalau nak hasil kaitan yang lebih halus dan mempunyai kesabaran .. gunalah knitting .. ha ha .. u all jangan lah guna teori saya ni .. ini teori untuk diri saya sahaja. 

Ok lah .. Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun hadapan akan membawa kejayaan kepada kita semua, dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Happy crocheting and knitting semua!

You Might Also Like

4 ulasan

Popular Posts