Salam Maulidurasul
8:52 PTGSalam Maulidurrasul kepada semua.
Bagaimana sambutan Maulidurrasul di tempat anda semua? Di Batu Pahat ni ada juga diadakan perarakan dan ceramah-ceramah umum. Teringat saya ketika di United Kingdom dahulu, walaupun United Kingdom bukan sebuah negara Islam tetapi umat Islam dan juga penganut agama-agama lain tidak dilarang untuk menyambut mana-mana hari kebesaran dalam agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan asalkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah kami tinggal Highfields, Leicester iaitu di kawasan 'perkampungan' orang Islam. Semasa menyambut Maulidurrasul, orang Islam di kawasan tersebut membuat perarakan sambil berselawat melalui jalan-jalan besar berdekatan pusat bandar Leicester. Walaupun jumlah peserta perarakan itu hanyalah mencecah 600 orang (agaknya lah).. tetapi laungan selawat dan takbir mereka bergema di kawasan perumahan kami. Sungguh bersemangat mereka mengingati perjuangan Nabi Muhammad saw. Rasa sungguh terharu melihat umat Islam bersatu hati dengan satu akidah walaupun dikelilingi dengan orang bukan Islam. Terasa amat kerdil diri ini kerana walaupun tinggal di negara Islam, saya (saya tujukan pada diri saya ya), semasa sambutan Maulidurrasul masih juga sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Sudah berapa banyakkah sunnah Nabi Muhammad saw yang telah saya ikuti dan amalkan? Ya Allah .. berilah taufik dan hidayahMu kepadaku. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah, Ya Allah.
Oleh itu.. saya mengajak kawan-kawan semua dan diri saya sendiri, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya. Mari kita berusaha untuk mengenal Nabi Muhammad dengan lebih mendalam. Jadikan Nabi Muhammad saw idola kita kerana Nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling sempurna. Kita ikutlah cara Nabi Muhammad beribadah, berkeluarga, berniaga, berpolitik, beradab .. insyaAllah akan sejahteralah hidup kita. Marilah kita banyakkan selawat ke atas Nabi ..
Sekian, Salam Maulidurrasul kepada semua. Sehingga ketemu lagi. Wassalam.
0 ulasan