Howdy Do?
5:37 PTGAssalamualaikum semua
Salam pagi Jumaat, 27 Muharram 1433. Apa agaknya aktiviti kawan-kawan semua hari ini? Cuti sekolah dah semakin ke penghujungnya. Tentu semua sibuk dengan persiapan 'back to school' untuk anak-anak masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan agak sibuk dengan persiapan sekolah ni. Tahun hadapan ketiga-tiga orang anak saya akan bersekolah di sekolah yang sama .. alhamdulillah .. kurang sikit kos minyak kereta nanti .. hehe. Tahun 2011 ni anak saya yang bongsu tu bersekolah di tadika yang agak jauh dari rumah saya. ALhamdulillah tahun hadapan dia diterima ke pra sekolah di sekolah yang sama dengan abang dan kakaknya jadi senang lah sikit nanti. Harapnya nanti dia tak lah banyak songeh tak mau ke sekolah lagi seperti tahun ini.. huhu .. anak yg bongsu ni manja terlebih sikit (biasa laa kan).
Sempena sessi persekolahan yang akan bermula nanti .. saya rasa 'terpanggil' untuk mencuba membuat crocheted pencil case untuk anak saya. Saja nak buat something untuk anak saya sebab selama ni dok mengait untuk orang lain jek. Pencil case ni belum siap sepenuhnya lagi. Kalau jadi dan rupanya cantik saya akan post lah kat entri yang akan datang .. hehe .. anyway .. just a quick look to the work in progress>>
Nampak macam senang nak buat pencil case ni tapi rupanya agak susah juga nak tentukan saiznya dan bentuknya dan nak disesuaikan dengan panjang zipnya. Entah .. maybe saya yang kurang mahir sebab ini percubaan pertama saya. Practice makes perfect kan? Kita kena belajar dari pengalaman.
Hmm .. semalam dan hari sebelumnya saya dah pos dua topi, 4 headband dan 3 pasang booties dan sepasang mittens untuk dua orang customer saya yang begitu sabar menanti saya menyiapkan tempahan mereka.. hehe .. thanks ya Puan Aizaan dan Puan Iza dari KL. Harapnya berpuas hati. Oh ya, dalam entri yang lepas saya ada cerita tentang order dari Cik Mas .. kalau u all nak tengok baby Cik Mas yang comel menggayakan topi hasil kait saya boleh la ke blog Cik Mas di http://misschokodoxstory.blogspot.com/. Thanks Cik Mas kerana sudi ambil gambar baby Eeman dengan topinya. Semoga Allah murahkan rezeki Cik Mas sekeluarga.
Few orders done, more to do.. alhamdulillah. Sekarang saya nak beralih ke order yang seterusnya dalam list saya. Terima kasih di atas sokongan anda kepada hasil kaitmengait saya yang tak seberapa ini. Semoga Allah memberikan hidayah dan keimanan kepada kita semua.
Till we meet again in the next entry, gracias, adios monalitos!
wassalam.
3 ulasan