Tazkirah Pagi

6:23 PTG

Baca ni series rasa nk nangis. Attention ! Pls Read This ! Tlg bce smpi habes wlupn pnjg.. Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fiki r berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yassin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab. Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yg tertinggal. Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan. 1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2) tak ingat 3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan. Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita..jauhkan tudung yang singkat, xmelepasi paras dada, ketat seluar dan baju... Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin.. Wallahu'alam.

tutorial

Tutorial ~ How to crochet baby booties

6:16 PG


Ramai yang tanya saya macamana nak mengait kasut baby .. susah saya nak terangkan dengan perkataan .. nak buat video tutorial pulak tak reti .. huhu  .. sorrryyyyy ... terus terang saya sendiri belajar dari youtube. Tiga empat tahun dahulu tak banyak sumber rujukan di internet seperti sekarang. Mungkin jenis benang juga mempengaruhi hasil kaitan kita sebab biasanya tutorial yang ada kat youtube dibuat oleh orang-orang putih sana .. kualiti benang mereka lain. Oleh itu untuk mengatasi masalah itu kalau kita guna benang nona di Malaysia, kita buat double benang nya supaya tebal sedikit.

Harapnya video tutorial ini dapat membantu anda mempelajari cara-cara mengait kasut baby.

All the best.

topi dan kasut kait

Ramadhan Kareem ...

8:22 PTG

Salam 2 all,

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat dan cergas bertenaga dalam  menjalani ibadah puasa tahun ini. Sekejap je dah hari ke 7 kita berpuasa hari ni .. oh oh .. risaunya saya banyak kerja yang belum settle ni .. baju raya pun belum berjahit lagi .. Allahu Allah .. kadangkala rasa tak mau dah ambil order untuk raya tapi bila orang tanya macam kesian pula .. huhu.. Sepatutnya bulan ramadhan masa untuk menambahkan amal ibadah betul tak? Belum tentu lagi tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan .. insaf sekejap.. artis-artis pun tau ambil cuti dalam bulan ramadhan huhu ... 

Apa pun .. kita berdoa kepada Allah supaya ALlah terima ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ni .. mencari rezeki juga merupakan ibadah betul tak? Niatkan di hati untuk menolong orang kerana ALlah. Bukannya kita buat dosa .. cuma mencari rezeki yang halal .. kan kan kan??? 

Ini lah hasil mengait saya buat masa ini .. banyak yang lain dah siap tapi pattern dan warna yang sama je macam yang dulu-dulu so malaslah nak ambil gambar .. harapnya customer berpuas hati. 





Okay .. Selamat menjalani ibadah puasa .. semoga Allah merahmati kita semua dan menerima ibadah kita semua. 

Ramadhan Kareem 


You are what you eat

7:59 PTG


# Dr Hamid Arshat
Pesakit baru berumor 32 tahun rahimnya sudah rosak akibat tumbuhan sebesar saperti hamil 5 bulan. Tumbuhan adenomyosis keras macam batu merosak rahim kilang telor dan saluran benih. Makanan yg tak seimbang, berkurang sayur dan buah2, berlebihan carbohaidret dan gula, terlalu banyak makan fast dan junk foods. Peluang hamil sangat tipis .


Go natural please .. Jagalah diri anda sendiri. U are what u eat

Points to ponder

7:32 PTG


Jika
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Sama dengan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 n 23 24 25 26

Maka
H+A+R+D+W+O+R+K =
8+1+18+4+23+15+18+11 =
98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E =
11+14+15+23+12+5+4+7+5 =
96%

L+O+V+E=
12+15+22+5=
54%

L+U+C+K =
12+21+3+11 =
47%

Tak ada satupun yang mencapai 100%

Jadi apakah perkataan yg mencapai 100% ???

Is it Money?
NO !!!

Leadership?
NO !!!

Setiap masalah ada jalan penyelesaian,
Ya dengan kita mempunyai ATTITUDE yg baik

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes
OUR Life 100% Successful...
With the help of Allah

A+T+T+I+T+U+D+E =
1+20+20+9+20+21+4+5 =
100%

merawat diabetes

Testimoni Vivix

7:33 PTG

Assalamualaikum semua ..

Sejuk je cuaca hari ni .. dari malam tadi hujan lebat kat Batu Pahat nih .. Alhamdulillah .. Allh turunkan hujan di waktu malam setelah panas membahang di waktu siang.

Saya ni dah lamaa tak amik order mengait topi dan kasut .. tapi bila ada orang tanya terasa teringin lak nak mengait lagi hehe .. so semalam saya dah siapkan 2 topi untuk pelanggan saya .. satu untuk gegirl dan satu utk boboy ... inilah hasilnya ..


saya sampai pejabat pos ngam ngam pukul 4.30 ptg semalam untuk poslaju. Topi gegirl lupa lak nak snap gambar huhu. Suka sangat buat kerja kelam kabut. 

Sambil sambil mengait semalam saya sempat juga membaca kisah berkenaan Vivix Shaklee. You all tau apa itu Vivix Shaklee? Vivix ni dikenali juga sebagai syrup shaklee .. rasanya masam manis macam anggur lebih kurang. Dulu saya tak berapa nak amik tau tentang vivix ni sbb dah makan semua vitamin kan .. biasanya akan suggest vivix kepada customer yang payah nak telan pil byk-byk je. Tapi .. bila baca testimoni-testimoni dari customer sendiri .. wah .. hebatnya vivix! Alhamdulillah pelaburan untuk kesihatan yang memang berbaloi. 








kesimpulannya tak rugi mencuba vivix kalau kita ada apa-apa masalah kesihatan yang serius, yang kita rasa dah tak ada ubatnya lagi dah .. insyaAllah .. Allah dah janjikan semua sakit ada ubatnya cuma kita perlu mencari dan bertawakal kepada Allah. 

Bagi sesiapa yang nak tau lebih lanjut tentang Vivix boleh hubungi saya ya .. zara 0196536303
facebook.com/zara77




Hobi baru

3:19 PG

 Salam semua ..

Apa khabar? lama dah saya tak update hasil kerja tangan saya .. hehehe .. baru baru ini saya beli loom .. teringin sangat nak buat loom knitting. Kalau u all nak beli loom knitting ni boleh beli dari Amani, dari blog http://crochetisfun-amani.blogspot.com/ .. ada macam-macam size loom ni rupanya. Tapi saya beli yang bulat ni aje .. kalau dah terer nanti leh beli yang panjang pula ..






Then .. satu lagi hobi baru .. baking .. saya dah lamaaa nak beli oven .. tapi asyik tertangguh je. Alhamdulillah rezeki Allah .. saya dapat oven free sebab beli peti ais baru (peti ais lama rosak).. seronoknya!! .. tapi rasanya tak free pun oven tu .. mesti towkey kedai tu dah mark up harga tinggi .. jadi nak bg orang suka dia bg laa oven 'free' hehe .. tak pe . janji dah dapat oven.

So .. ini lah projek baru saya .. baking baking cup cakes .. macam2 idea nak buat tapi slow slow ler .. hehe .. tahun ni boleh la buat biskut raya.. dah tak de alasan lagi dah hehehe .. insyaAllah.







 Macamana u all? masih bz crocheting? saya ada juga buat sikit2 ikut mood. Ok then.. take care ye.. adios.

Ala tomei tomei

4:12 PG


Assalamualaikum semua

Dah lama saya tak mengait .. dua minggu lepas cousin saya datang ke rumah saya ..alhamdulillah sempat saya siapkan satu topi untuk budak comel ni .. hehe .. 



Petua Mudah Mengandung

Petua Mudah Mengandung

2:42 PG

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

cerita ceriti

Kisah seekor semut

2:11 PG

LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....

cara makan GLA Complex untuk hamil.

Cara makan GLA Complex untuk kesuburan

8:06 PTG


shaklee gla complex
Semua pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan anak untuk menyerikan kehidupan berkeluarga mereka tapi adakalanya cahaya mata yang dinanti-nanti masih tak kunjung tiba. Memanglah zuriat ini anugerah Allah tapi tak salah untuk kita berusaha. Banyakkan berdoa dan makan makanan yang berkhasiat. Salah satu usaha yang boleh dicuba ialah dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee dan paling penting GLA Complex untuk wanita. 
Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida. Boleh juga tambah Energizing Soy Protein untuk menyihatkan sel-sel badan supaya badan mudah menerima segala nutrient2 yang kita ambil. 
Perlu di ingat juga tidak semua org sesuai makan GLA complex cara ini sebab semua orang berbeza. HUbungi saya untuk maklumat lanjut. Dekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.
** GLA Compleks juga boleh mencantikkan kulit tau! belum cuba belum tau .. (^^,)
kredit to http://metrobestmom.blogspot.com


SMS/Whatsapp Zaharah 019-6536303

vitamin organik

Apa itu vitamin semulajadi, sintetik dan organik

6:31 PTG

Dulu saya tak pernah dengar pun vitamin sintetik .. kalau makanan organik tu tau laa .. rupanya vitamin pun ada yang semulajadi, organik dan sintetik .. huhu ... jom baca apa itu vitamin sintetik, organik dan yang terbaik vitamin semulajadi.



kredit to dapuraulad.com >>>>>


Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita. Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin. Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin? Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga jenis vitamin ini adalah seperti berikut:


(1) Vitamin Semulajadi merupakan buah sebenar dengan rasa, tekstur buah



(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek

   
(3) Vitamin Sintetik umpama kordial berperisa buah



Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik ni ibarat kordial yang berperisa buah, contohnya kordial oren yang menggunakan perisa oren yang diekstrak dari buah oren, hanya sedikit sahaja jus oren asli. Selebihnya hanyalah pewarna dan perisa tambahan. Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses yang boleh menyebabkan enzim buah termusnah dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je… Tahukah anda bahawa proses pengekstrakan jus tadi telah menyebabkan enzim buah musnah, lagipun jus yang telah diperah tadi perlu diminum dalam masa kurang daripada satu jam supaya jus tidak teroksida. Jadi apa yang kita minum sebenarnya? Hanya jus yang mempunyai rasa buah tanpa zat khasiat buah tersebut. Lagi pula, terfikirkah anda bahawa jus yang dipek dalam kotak tadi boleh bertahan lama lebih setahun; sudah semestinya jus tadi ditambah pengawet!

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Kita bukan sahaja ingin menikmati rasa dan tekstur buah. Apa yang lebih penting adalah khasiat buah tersebut lebih utama.

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!

anak selalu tak sihat

Khasiat Mealshake untuk anak anda

7:26 PTG


Amboi senyum lebar budak bertuah ni bila dah dapat makan mealshake sebelum ke sekolah .. hehe .. Alhamdulillah sejak saya bagi mealshake pada anak-anak saya mereka nampaknya lebih cergas dan bertenaga ke sekolah. Terutamanya budak kecik ni .. anak bongsu saya .. dia ni sangat cerewet makan. Tapi alhamdulillah syukur sangat sekarang ni selera makannya dah bertambah. 

Nak tau kenapa saya pilih Mealshakes SHaklee dan bukan vitamin-vitamin lain yang boleh didapati di farmasi? Sebab kebanyakan vitamin di pasaran adalah vitamin sintetik. Saya tak nak perjudikan kesihatan anak saya hanya kerana saya nak beli vitamin pada harga murah...  Jom baca >>


Usia kanak2 adalah masa kritikal yang mana budak2 ni perlu diberi makanan yang cukup zat, bukan sekadar kenyang saja. Zat yang mencukupi bukan saja diperlukan untuk tumbesaran, malah kesihatan dan kecerdasan otak.



6 kategori kelas makanan setiap hari ditambah dengan aktiviti fizikal untuk anak2.


Masalahnya, ramai kanak2 yang:

- Memilih makanan
- Suka makan sejenis makanan je
- Susah nak makan
- Banyak makan makanan ringan
- Ibu bekerja dan jarang dapat bekalkan makanan segar serta berkhasiat

Akibat makanan dan aktiviti yang tidak seimbang, ia memberi kesan kepada kecergasan, kecerdasan dan kesihatan anak2 ini.

Jadi apa perlu ibu lakukan? Ya, harga sebuah kesihatan memang sangat mahal. Jadi bayarlah sekarang sebelum nanti kena bayar bil hospital bila anak selalu je sakit.

'Belilah' kesihatan anak2 dulu.. Bayar dan usaha sikit untuk masa depan mereka. Sediakan makanan yang segar, kawal makanan ringan, pastikan mereka bersenam dan berilah Mealshake untuk bekalan semua keperluan zat makanan mereka.

Apa Mealshake ni? Bagi yang baru mengikuti, Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? Ya, semasa bancuh Mealshake, ibunya baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.




Selain daripada Mealshake .. saya juga beri Omegaguard iaitu minyak ikan yang terbaik di pasaran untuk meningkatkan antibodi dan kecerdasan minda anak-anak saya. Anak-anak saya ada asthma dan eczema ... Alhamdulillah sejak makan mealshakes, omega dan vit c anak-anak saya jarang sakit dan kalau sakit pun cepat baiknya, insyaAllah. 


Jika anda berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya di 
whatsapp/sms 0196536303
 email zah15@yahoo.com
facebook.com/onestopshop

Alhamdulillah ..

7:57 PTG





Alhamdulillah .. saya telah dimasukkan ke ward Hospital Pantai Batu Pahat pada 30/1/2013 yang lalu dan syukur sangat proses kelahiran bayi saya yang sudah tidak bernyawa dipermudahkan ALlah SWT. Amat terasa rahmat Allah kerana disebalik kesedihan dan kesakitan Allah permudahkan segalanya dan saya dikelilingi insan-insan yang amat memahami kesakitan dan kesedihan saya walaupun mereka bukan ahli keluarga mahupun sahabat saya dan mereka hanya menjalankan tugas mereka. 

Mengalami keguguran dua kali berturut turut memang amat menyedihkan hati  tetapi apa apa pun saya kena redha dengan ketentuan Allah dan yakin bahawa Allah telah mengatur yang terbaik buat saya. Kita tak tau kan apa perancangan Allah untuk kita. 

Let time heals the pain. Whatever happens we have to keep moving forward. 

Ku Yakin Adamu Tuhan

4:31 PG

Salam 2 all,

Apa khabar semua? harapnya semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur sehingga hari ini .. tahun 2012 telah berlalu dan kini tahun 2013 pula .. dah agak lewat sebenarnya sebab bulan Januari pun dah nak sampai ke penghujungnya .. oh .. cepat nya masa berlalu!!

Tahun 2013 ini saya mulai dengan suasana yang sangat 'hectic' (tak leh nak pikir perkataan ni dalam bahasa melayu huhu) .. dengan keadaan kesihatan yang tak berapa bagus .. anak-anak pula mula bersekolah .. anak yang sulung masuk tingkatan satu di sekolah yang agak jauh dari rumah. Setiap hari ulang alik hantar dan ambil dia je saya habiskan masa dua jam lebih di dalam kereta dengan keadaan trafik yang mengalahkan trafik di Kuala Lumpur gamaknya .. huhu ... Anak yang bongsu pula baru darjah satu .. nak biasakan dia ke sekolah pagi dan sekolah agama .. huh .. pening pening .. tapi apa pun syukur kepada ALlah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Allah kemudiannya anak saya yang sulung diterima bersekolah di MRSM Batu Pahat. Walaupun  hati ini sangat berat melepaskannya duduk di asrama tapi demi masa depannya saya terpaksa kuatkan hati saya. Orang kata anak-anak yang baru pertama kali merasa duduk di asrama akan rasa homesick .. tapi lain pula dengan saya dan anak saya ... saya yang tiap malam menangis teringatkan anak saya sementara anak saya sangat-sangat gembira di sana .. katanya seronok dan tenang sebab tak payah nak bergaduh dengan adik-adiknya (tapi dia yang selalu kacau adik-adik .. jadi sapa yang tenang sebenarnya? .. huhu)..

Belum pun reda rasa sedih hati saya sebab berpisah dengan satu-satunya anak perempuan saya .. Allah uji saya lagi dengan 'mengambil' baby dalam kandungan saya .. untuk kali ke-3 baby saya meninggal ketika usia baru masuk 4 bulan dalam kandungan ..  sungguh berat rasanya tekanan yang saya rasa tetapi saya dah berjanji dengan diri saya yang saya akan kuatkan hati saya .. saya tak mau nangis-nangis lagi. Setiap yang berlaku itu perancangan ALlah dan perancangan ALlah itu lebih baik dari segala-galanya. Kalau saya rasa dugaan dan ujian yang saya hadapi ini sangat berat .. ada orang lain yang mengalami ujian dan dugaan yang lebih dahsyat dari saya. InsyaALlah .. saya akan kuat.

Well .. rasanya cukuplah setakat ini coretan saya kali ini .. Salam Maulidurrasul ..


Omegagurad

Kenapa Minyak Ikan Shaklee (omegaguard) hebat?

5:23 PTG


Ramai ibu-ibu memberikan minyak ikan kepada anak-anak mereka untuk antibodi dan minda. Tapi jangan tersalah pilih ya .. pastikan ianya Minyak Ikan .. bukan Minyak HATI ikan atau Cod LIVER Oil .. 

Jom baca artikel yang saya ambil dari blog http://sihatmacamyaya.blogspot.com

26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus






Jika anda sayangkan anak anda .. berilah minyak ikan yang berkualiti tinggi ya ... hubungi saya untuk maklumat lanjut. 


Segala Puji Hanya Untuk Allah

5:05 PTG

5 A's Achiever, SK Seri Gading year 2012

Assalamualaikum semua,

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!! Segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT. Alhamdulillah hari ini sayalah ibu yang paling gembira dan berbangga kerana puteri sulung saya telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 2012 ini. Syukur sangat kerana Allah memakbulkan doa saya dan memberkati segala usaha yang telah dilakukan oleh anak saya dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat, Johor. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan di masa-masa akan datang, insyaAllah.


Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Shaklee yang MABELES!

8:34 PTG



Click picture for better view


Masalah jeragat yang dah bertahun-tahun bertakhta di wajahnya kini telah berjaya di atasi. Sebelum ni macam-macam produk dia dah cuba tapi tak berkesan. Alhamdulillah .. penawarnya ada pada Shaklee ...

Kepada u all yang masih tak pasti apa itu Collagen dan fungsi-fungsinya ... meh baca info di bawah.


APA ITU KOLAGEN?


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.



So .. kalau u all nak try collagen .. jangan segan-segan .. hubungi saya untuk mendapatkan harga yang berbaloi baloi ... Take care



zaharah
0196536303
zah15@yahoo.com

Popular Posts