Alhamdulillah ..

7:57 PTG





Alhamdulillah .. saya telah dimasukkan ke ward Hospital Pantai Batu Pahat pada 30/1/2013 yang lalu dan syukur sangat proses kelahiran bayi saya yang sudah tidak bernyawa dipermudahkan ALlah SWT. Amat terasa rahmat Allah kerana disebalik kesedihan dan kesakitan Allah permudahkan segalanya dan saya dikelilingi insan-insan yang amat memahami kesakitan dan kesedihan saya walaupun mereka bukan ahli keluarga mahupun sahabat saya dan mereka hanya menjalankan tugas mereka. 

Mengalami keguguran dua kali berturut turut memang amat menyedihkan hati  tetapi apa apa pun saya kena redha dengan ketentuan Allah dan yakin bahawa Allah telah mengatur yang terbaik buat saya. Kita tak tau kan apa perancangan Allah untuk kita. 

Let time heals the pain. Whatever happens we have to keep moving forward. 

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts