Apa itu vitamin semulajadi, sintetik dan organik

6:31 PTG

Dulu saya tak pernah dengar pun vitamin sintetik .. kalau makanan organik tu tau laa .. rupanya vitamin pun ada yang semulajadi, organik dan sintetik .. huhu ... jom baca apa itu vitamin sintetik, organik dan yang terbaik vitamin semulajadi.



kredit to dapuraulad.com >>>>>


Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita. Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin. Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin? Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga jenis vitamin ini adalah seperti berikut:


(1) Vitamin Semulajadi merupakan buah sebenar dengan rasa, tekstur buah



(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek

   
(3) Vitamin Sintetik umpama kordial berperisa buah



Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik ni ibarat kordial yang berperisa buah, contohnya kordial oren yang menggunakan perisa oren yang diekstrak dari buah oren, hanya sedikit sahaja jus oren asli. Selebihnya hanyalah pewarna dan perisa tambahan. Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses yang boleh menyebabkan enzim buah termusnah dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je… Tahukah anda bahawa proses pengekstrakan jus tadi telah menyebabkan enzim buah musnah, lagipun jus yang telah diperah tadi perlu diminum dalam masa kurang daripada satu jam supaya jus tidak teroksida. Jadi apa yang kita minum sebenarnya? Hanya jus yang mempunyai rasa buah tanpa zat khasiat buah tersebut. Lagi pula, terfikirkah anda bahawa jus yang dipek dalam kotak tadi boleh bertahan lama lebih setahun; sudah semestinya jus tadi ditambah pengawet!

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Kita bukan sahaja ingin menikmati rasa dan tekstur buah. Apa yang lebih penting adalah khasiat buah tersebut lebih utama.

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts