Assalamualaikum ..
Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog ni. Maklumlah raya kan sebulan .. hehe. Macamana dengan sambutan hari raya kawan-kawan semua? Tentu meriah juga. Alhamdulillah tahun ini memandangkan taman perumahan yang saya duduki sekarang ni baru je di buka tahun lepas, jadi tahun ini kami menganjurkan ziarah dan marhaban dari rumah ke rumah selama 3 hari berturut-turut. Seronok tu seronok juga tapi memang penat. Bayangkan kami berjalan mengunjungi purata satu malam tu .. 11 rumah yang kami kunjungi. Bermula dari pukul 9 malam sehinggalah 12 tengah malam. Setiap rumah pula menyediakan berbagai juadah .. fuhh.. memang betul-betul beraya lah tahun ini. Yang sedihnya berat badan pun bertambah lah sebab asyik makan aje .. huhu. Tak pe lepas ni diet semula.
Walau apapun .. aktiviti crochet masih tetap berjalan seperti biasa. Sepanjang sebulan yang lalu saya dah siapkan tempahan 17 pasang booties dan 15 headbands (lupa pulak nak snap gambar semuanya). Sekarang ni saya sedang menyiapkan tempahan topi dan kasut pula. Alhamdulillah rezeki Allah beri kepada saya .. pada masa yang sama saya seronok dapat buat topi dan kasut untuk baby-baby yang comel-comel di luar sana. Selain itu ada juga saya terima tempahan membuat bunga-bunga pelbagai warna. Harapnya semua pelanggan saya berpuas hati.
Anyway .. ini lah hasil kerja tangan saya sepanjang sebulan yang lepas>>
Ok .. itu sahaja buat kali ini .. semoga hari-hari yang mendatang akan memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada kawan-kawan. Happy crocheting semua!
Wassalaam.
Assalamualaikum semua ..
Apa khabar kawan-kawan semua? Harapnya semua happy dan ceria sentiasa. Kali ini saya nak share hasil crochet saya pada minggu ini. Selalunya saya buat booties untuk baby girl aje .. so .. terfikir lak kalau baby boy nak buat pattern macamana ya? So .. di atas inisiatif itu (cewah .. macam bagus je bunyik) saya pun cuba lah buat booties untuk baby boy. Anak saya kata kaler hijau tak lawa .. tapi .. saya rasa macam ok je .. hu hu .. so ini lah hasilnya ..
Bila dah siap kasut .. saya terasa nak buat lak topi sekali. Saya tak pasti lah topi ni sesuai ke idak untuk baby .. kalau kopiah tu mmg saya reti .. hehe.
Hmm .. apa projek kawan-kawan sepanjang minggu ni? Mesti cantik-cantik kan ..
Ok then .. Happy crocheting semua!
Assalamualaikum semua,
Apa khabar kawan-kawan semua hari ini? .. Harapnya semua sihat dan berehat di hari Ahad ni bersama keluarga. Well, to me weekends are just the same as any other weekdays. Kerja banyak perlu di bereskan. Rasanya semua pun sama kan dengan saya sebab weekends ni biasanya laundry day dan cleaning day .. hu hu .. tugas yang tak pernah nak selesai. Tapi weekend kali ini extra busy untuk saya sebab insyaAllah husband saya akan pulang ke Malaysia lebih kurang 5 hari lagi jadi saya nak kena pastikan keadaan rumah extra bersih dari biasa .. ha ha ..
Hmm .. hari ini saya nak update apa projek yang saya dah siapkan dalam minggu ini. Dalam entri saya sebelum ini saya ada tunjukkan gambar ini >>
Alhamdulillah saya dah pun siapkan projek ini .. sebenarnya ianya adalah Baby Newborn Bonnet. Item ini ditempah oleh seorang kawan yang akan melahirkan anak sulungnya dalam masa terdekat ini. Di doakan semoga kawan saya ini akan bersalin dengan mudah dan mendapat baby yang comel dan sihat (ada ke baby tak comel?? semuanya sangat COMEL!!). Actually ini first time saya buat baby bonnet ni. Model pun tak ada nak menggayakannya .. so .. gambar ini aje lah yang boleh saya tunjukkan >>
He he .. Tigger ni jadi mangsa sebagai model. Comel gak tu. Seriously, saya kena beli satu anak patung untuk dijadikan model-model saya selepas ni. Nak pinjam anak orang pun .. tak ada pula kawan yg ada baby dekat rumah saya ni .. Baby Mawaddah yang selalu jadi model saya selama ini nun jauh di United Kingdom pula.. hu hu. Rinduuuu kat Mawaddah! Bagi sesiapa yang nak patternya boleh click link ini.
Itulah dia projek-projek saya sepanjang minggu ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semoga kawan-kawan semua sentiasa ceria dan dirahmati Allah. Sambil-sambil kita mengait, jom dengar ceramah agama daripada Ustaz Kazim Elias
Happy Crochetiing Semua!!!
Assalamualaikum semua,
Aduh .. pening saya dua tiga hari ni .. mengalahkan orang yang buat phd pulak rasanya .. ha ha ha. Tak tau la sebab apa rasa macam ada deadline untuk nak buat semua benda sampai tak senang duduk dibuatnya. InsyaAllah lebih kurang 28 hari lagi semua barang-barang saya akan di masukkan ke dalam kontena untuk di'shipping' kan ke Malaysia. Semua kerja seperti packing, mengait tempahan booties dan kopiah, menyiapkan cenderamata untuk cikgu-cikgu sekolah, mencari cenderamata untuk keluarga di Malaysia, dll, mesti disiapkan sebelum itu. Serabut rasanya sebab saya ni .. time management yang kurang berjaya dipraktikkan. Kena bawa bertenang .. tarik nafas perlahan-lahan .. he he ..
Dua tiga hari yang lepas ni saya lebih tumpukan kepada mengait booties untuk di hadiahkan kepada 'duta' tetap blog ini iaitu baby Mawaddah yang sangat comel. Semoga Mawaddah terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya. Booties dalam gambar di atas itu sama patternnya dengan booties dalam entri saya yang lepas. Alhamdulillah .. seronok tengok kaki Mawaddah yang comel tu menyarungkan hasil kerja tangan saya. Saya juga dah buat satu lagi booties untuk Mawaddah tapi belum lagi diberikan padanya.
Saya guna benang yang 'multicolour' ni. Cantik effect warna yang terhasil dan rasanya tak perlu lagi ditambah bunga. Ok Mawaddah. Nanti bila kita jumpa insyaAllah Mawaddah boleh pakai booties ni pulak ye. Sekian dahulu untuk kali ini .. Happy crocheting semua!
Alhamdulillah sessi belajar mengait booties saya telah selesai dengan jayanya. Seronok bila dapat buat booties untuk baby ni sebab hasilnya memang sangat comel. Sayangnya saya tak ada model untuk menggayakannya sebab anak semua dah besar .. ha ha ..
Oklah kepada kawan-kawan sekalian .. Happy crocheting!