Mawaddah yang comel

3:20 PG


Assalamualaikum semua,

Aduh .. pening saya dua tiga hari ni .. mengalahkan orang yang buat phd pulak rasanya .. ha ha ha. Tak tau la sebab apa rasa macam ada deadline untuk nak buat semua benda sampai tak senang duduk dibuatnya. InsyaAllah lebih kurang 28 hari lagi semua barang-barang saya akan di masukkan ke dalam kontena untuk di'shipping' kan ke Malaysia. Semua kerja seperti packing, mengait tempahan booties dan kopiah, menyiapkan cenderamata untuk cikgu-cikgu sekolah, mencari cenderamata untuk keluarga di Malaysia, dll, mesti disiapkan sebelum itu.  Serabut rasanya sebab saya ni .. time management yang kurang berjaya dipraktikkan. Kena bawa bertenang .. tarik nafas perlahan-lahan .. he he ..

Dua tiga hari yang lepas ni saya lebih tumpukan kepada mengait booties untuk di hadiahkan kepada 'duta' tetap blog ini iaitu baby Mawaddah yang sangat comel. Semoga Mawaddah terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya. Booties dalam gambar di atas itu sama patternnya dengan booties dalam entri saya yang lepas. Alhamdulillah .. seronok tengok kaki Mawaddah yang comel tu menyarungkan hasil kerja tangan saya. Saya juga dah buat satu lagi booties untuk Mawaddah tapi belum lagi diberikan padanya.


Saya guna benang yang 'multicolour' ni. Cantik effect warna yang terhasil dan rasanya tak perlu lagi ditambah bunga. Ok Mawaddah. Nanti bila kita jumpa insyaAllah Mawaddah boleh pakai booties ni pulak ye. Sekian dahulu untuk kali ini .. Happy crocheting semua!

You Might Also Like

2 ulasan

Popular Posts