Baby Newborn Bonnet
10:44 PTGAssalamualaikum semua,
Apa khabar kawan-kawan semua hari ini? .. Harapnya semua sihat dan berehat di hari Ahad ni bersama keluarga. Well, to me weekends are just the same as any other weekdays. Kerja banyak perlu di bereskan. Rasanya semua pun sama kan dengan saya sebab weekends ni biasanya laundry day dan cleaning day .. hu hu .. tugas yang tak pernah nak selesai. Tapi weekend kali ini extra busy untuk saya sebab insyaAllah husband saya akan pulang ke Malaysia lebih kurang 5 hari lagi jadi saya nak kena pastikan keadaan rumah extra bersih dari biasa .. ha ha ..
Hmm .. hari ini saya nak update apa projek yang saya dah siapkan dalam minggu ini. Dalam entri saya sebelum ini saya ada tunjukkan gambar ini >>
Alhamdulillah saya dah pun siapkan projek ini .. sebenarnya ianya adalah Baby Newborn Bonnet. Item ini ditempah oleh seorang kawan yang akan melahirkan anak sulungnya dalam masa terdekat ini. Di doakan semoga kawan saya ini akan bersalin dengan mudah dan mendapat baby yang comel dan sihat (ada ke baby tak comel?? semuanya sangat COMEL!!). Actually ini first time saya buat baby bonnet ni. Model pun tak ada nak menggayakannya .. so .. gambar ini aje lah yang boleh saya tunjukkan >>
He he .. Tigger ni jadi mangsa sebagai model. Comel gak tu. Seriously, saya kena beli satu anak patung untuk dijadikan model-model saya selepas ni. Nak pinjam anak orang pun .. tak ada pula kawan yg ada baby dekat rumah saya ni .. Baby Mawaddah yang selalu jadi model saya selama ini nun jauh di United Kingdom pula.. hu hu. Rinduuuu kat Mawaddah! Bagi sesiapa yang nak patternya boleh click link ini.
Selain daripada itu, saya juga crochet kan sepasang kasut untuk kawan saya ini. Dia request nak kasut yang rupanya lain sikit daripada kasut-kasut yang biasa saya buat .. so .. ini lah hasilnya. Sorry, gambar kurang memuaskan.
versi plain
versi berbunga
Itulah dia projek-projek saya sepanjang minggu ini. Kawan-kawan pula bagaimana? Semoga kawan-kawan semua sentiasa ceria dan dirahmati Allah. Sambil-sambil kita mengait, jom dengar ceramah agama daripada Ustaz Kazim Elias
Happy Crochetiing Semua!!!
0 ulasan