Alhamdulillah! Syukur Ya Allah!

6:17 PTG

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari Isnin lepas (20 June 2011) suami saya telah berjaya memperoleh PhD setelah lebih 5 jam menjawab soalan bertubi-tubi daripada panel permeriksa dalam proses Viva Voce nya. Allah sahaja yang tahu macamana 'berasap'nya dia nak menjawab soalan-soalan mereka tapi Alhamdulillah .. Alhamdulillah.. syukur sangat segalanya berakhir dengan baik. Segala usaha dan perjuangannya selama hampir 4 tahun telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah .. Subhanallah .. Allahuakbar! Can't wait for him to come back to Malaysia next week .. insyaAllah.

Sedang suami saya sibuk menyiapkan dan menyudahkan pengajiannya di United Kingdom, saya pula di Malaysia ni asyik lah memegang jarum kait menyiapkan tempahan-tempahan crochet .. he he.. tak pa .. bila hati suka penat pun tak terasa. InsyaAllah nanti saya akan letak gambar hasil crochet yang dah siap. Sebelum itu tengok sikit je dulu ..



Ok kawan-kawan .. semoga hari anda berlalu dengan keadaan ceria dan gumbira .. Happy Crocheting semua!



You Might Also Like

2 ulasan

Popular Posts