I Accept The Challenge!
7:19 PTGSalam Ramadhan hari ke 9 .. apa khabar semua? Harapnya kawan-kawan semua dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan mudah dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Apa agaknya juadah berbuka puasa yang kawan-kawan sediakan untuk ahli keluarga pada hari ini? Sejak mula puasa sampailah hari ini, setiap hari saya masak simple-simple aje untuk mengelakkan pembaziran. Lagipun saya sedang berhempas pulas menyiapkan tempahan booties-booties yang jumlahnya hampir 30 pasang .. fuhh .. lenguh juga tu. Apa pun Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan rezeki kepada saya.
Hmmm, to cut the words short, apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah tentang booties yang agak special ini. Selalunya saya hanya menerima tempahan booties yang patternnya biasa saya buat seperti gambar di bawah ini>>
Tetapi kali ini, ada seorang customer saya meminta saya membuat booties yang lain .. yang patternnya saya tak pernah buat. Mula-mula tu rasa tak yakin sebab saya ni tak pernah buat apa-apa pun tanpa ada buku pattern di tangan .. jadi ini satu CHALLENGE kepada saya.. Risau juga boleh ke saya buat?? Takut nanti hasil nya tidak memuaskan hati orang pula. Apapun, saya rasa sangat excited nak cuba buat dan Alhamdulillah .. rasanya macam jadi (^_^).. (perasan lak!!). InsyaAllah esok lusa sampailah booties itu kepada tuan punya badan. Harapnya sesuailah dengan kaki dan padan dengan baju raya baby yang bertuah ini .. hehe .. Ini lah gambar booties special ini.
sebelum letak bunga ..
dah siap!!
Booties ini tak boleh dibuat guna selembar benang sahaja sebab nanti bentuknya mcm 'lembik' (tak tau perkataan apa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan bentuknya). Jadi saya guna dua lembar benang untuk bahagian atas dan tapaknya juga dua lapis.
Selain itu, saya juga baru cuba-cuba buat head band. Banyak benda yang saya nak cuba buat tapi tak sempat-sempat lagi.
Oklah .. semoga hari kawan-kawan semua berlalu dengan ceria dan bahagia. Happy crocheting semua!!
8 ulasan