Cute and Easy Crochet ebook

6:37 PTG



Salam Ramadhan hari ke-3 .. apa khabar semua? Ramadhan kali ini macam busy sikit lah untuk saya sebab banyak order dan nak buat persiapan untuk raya lagi .. hmm .. insyaAllah .. sempat. Sibuk-sibuk pun kita .. jangan lupa untuk merebut peluang yang tak ternilai dalam bulan ini untuk mempertingkatkan amalan-amalan sunat dan insyaAllah mempertingkatkan juga iman dan takwa kita terhadap Allah SWT. Sesungguhnya rezeki, dugaan, ilmu dan sebagainya datang dari Allah jua.

Baiklah, hari ini saya nak share ebook ini dengan kawan-kawan semua. Maybe kawan-kawan dah jumpa dah buku ni, tapi saya baru je jumpa. Ebook ini  boleh di download di http://flmsdown.net/ebooks/893616-cute-and-easy-crochet-learn-to-crochet-with-these-35-adorable-projects.html for free. So kalau berminat, cepat rebut peluang ini. Buku ini sesuai lah untuk sesiapa yang baru belajar crochet dan nak cuba buat projek-projek yang mudah. Ada juga di tunjukkan asas-asas mengait dan bahasanya juga mudah di fahami. 

Selain itu, saya baru sahaja siapkan beberapa booties lagi... booties yang sama cuma warna je lain. 



Thanks to Fiza kerana sudi mengorder.

Ok then kawan-kawan. Selamat menjalani ibadah puasa. And .. Happy Crocheting semua!

terima

You Might Also Like

8 ulasan

Popular Posts