SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG CROCHET AND ME. SEMOGA SEMUA BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA DAN HATI-HATI SEMASA MEMANDU . MAAF ZAHIR BATIN.
Assalamualaikum semua,
Apa khabar kawan-kawan hari ini? Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa hari ini .. sekejap aje masa berlalu. Alhamdulillah semalam saya dah siapkan semua tempahan booties raya yang saya sempat buat. Sekarang masanya untuk saya tumpukan perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan rumah yang saya dah 'abaikan' sejak 1 Ramadhan yang lalu .. hehehe .. so .. hari ini saya kemas rumah dahulu. Macam spring cleaning lak rasanya. Tengah dok kemas-kemas, saya terjumpa satu alas meja/doily ni ..
Haa .. kalau kawan-kawan nak tahu .. ini lah benda pertama yang saya crochetkan lebih kurang 12 tahun yang lalu. Ingat sangat masa itu .. pertama kali saya pegang jarum crochet dan pertama kali belajar cara membaca pattern crochet. Dah ler pertama kali nak belajar, saya guna benang crochet yang halus tu .. bukan benang wool Nona atau Minlon. Saya belajar mengait ni dengan kawan sepejabat saya namanya Engku Suraya (dah lost contact dah dengan dia sejak tukar tempat kerja.. rindu kat dia). Rasa macam nak menangis pun ada tapi saya kuatkan semangat dan siap juga sehelai doily. Lepas dah siap .. saya terus simpan semua benang dan jarum crochet dalam kotak dan tak buka-buka lagi dah sampai lah 4 tahun lepas semasa saya di United Kingdom, baru lah saya mula balik minat saya pada crochet. Bila saya jumpa balik doily ni .. saya terkagum sendiri .. wah .. terer jugak aku nih .. boleh kait guna benang halus nih .. AMAZING!! hehe (perasan gitu!). Tak tau lah kalau sekarang ni saya nak buat doily ni menjadi ke tidak sebab ia memerlukan kesabaran nak siapkan kalau guna benang halus tu.. hmm .. kalau ada masa nanti boleh cuba lah .. hehe.
Oklah .. setakat ini dahulu celoteh saya pada hari ini. Jumpa lagi di lain masa. Selamat berpuasa dan happy crocheting semua!
Marathon membuat kasut/booties raya .. So much to say but so little time to write .. take care everyone and happy crocheting!!
Salam Ramadhan hari ke 9 .. apa khabar semua? Harapnya kawan-kawan semua dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan mudah dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Apa agaknya juadah berbuka puasa yang kawan-kawan sediakan untuk ahli keluarga pada hari ini? Sejak mula puasa sampailah hari ini, setiap hari saya masak simple-simple aje untuk mengelakkan pembaziran. Lagipun saya sedang berhempas pulas menyiapkan tempahan booties-booties yang jumlahnya hampir 30 pasang .. fuhh .. lenguh juga tu. Apa pun Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan rezeki kepada saya.
Hmmm, to cut the words short, apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah tentang booties yang agak special ini. Selalunya saya hanya menerima tempahan booties yang patternnya biasa saya buat seperti gambar di bawah ini>>
Tetapi kali ini, ada seorang customer saya meminta saya membuat booties yang lain .. yang patternnya saya tak pernah buat. Mula-mula tu rasa tak yakin sebab saya ni tak pernah buat apa-apa pun tanpa ada buku pattern di tangan .. jadi ini satu CHALLENGE kepada saya.. Risau juga boleh ke saya buat?? Takut nanti hasil nya tidak memuaskan hati orang pula. Apapun, saya rasa sangat excited nak cuba buat dan Alhamdulillah .. rasanya macam jadi (^_^).. (perasan lak!!). InsyaAllah esok lusa sampailah booties itu kepada tuan punya badan. Harapnya sesuailah dengan kaki dan padan dengan baju raya baby yang bertuah ini .. hehe .. Ini lah gambar booties special ini.
sebelum letak bunga ..
dah siap!!
Booties ini tak boleh dibuat guna selembar benang sahaja sebab nanti bentuknya mcm 'lembik' (tak tau perkataan apa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan bentuknya). Jadi saya guna dua lembar benang untuk bahagian atas dan tapaknya juga dua lapis.
Selain itu, saya juga baru cuba-cuba buat head band. Banyak benda yang saya nak cuba buat tapi tak sempat-sempat lagi.
Oklah .. semoga hari kawan-kawan semua berlalu dengan ceria dan bahagia. Happy crocheting semua!!
Salam Ramadhan hari ke-3 .. apa khabar semua? Ramadhan kali ini macam busy sikit lah untuk saya sebab banyak order dan nak buat persiapan untuk raya lagi .. hmm .. insyaAllah .. sempat. Sibuk-sibuk pun kita .. jangan lupa untuk merebut peluang yang tak ternilai dalam bulan ini untuk mempertingkatkan amalan-amalan sunat dan insyaAllah mempertingkatkan juga iman dan takwa kita terhadap Allah SWT. Sesungguhnya rezeki, dugaan, ilmu dan sebagainya datang dari Allah jua.
Baiklah, hari ini saya nak share ebook ini dengan kawan-kawan semua. Maybe kawan-kawan dah jumpa dah buku ni, tapi saya baru je jumpa. Ebook ini boleh di download di http://flmsdown.net/ebooks/893616-cute-and-easy-crochet-learn-to-crochet-with-these-35-adorable-projects.html for free. So kalau berminat, cepat rebut peluang ini. Buku ini sesuai lah untuk sesiapa yang baru belajar crochet dan nak cuba buat projek-projek yang mudah. Ada juga di tunjukkan asas-asas mengait dan bahasanya juga mudah di fahami.
Selain itu, saya baru sahaja siapkan beberapa booties lagi... booties yang sama cuma warna je lain.
Thanks to Fiza kerana sudi mengorder.
Ok then kawan-kawan. Selamat menjalani ibadah puasa. And .. Happy Crocheting semua!
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA.. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.. AYUH SAMA-SAMA TINGKATKAN AMALAN SEPANJANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI.