I am amazed

10:48 PTG

Assalamualaikum semua,

Apa khabar kawan-kawan hari ini? Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa hari ini ..  sekejap aje masa berlalu. Alhamdulillah semalam saya dah siapkan semua tempahan booties raya yang saya sempat buat. Sekarang masanya untuk saya tumpukan perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan rumah yang saya dah 'abaikan' sejak 1 Ramadhan yang lalu .. hehehe .. so .. hari ini saya kemas rumah dahulu. Macam spring cleaning lak rasanya. Tengah dok kemas-kemas, saya terjumpa satu alas meja/doily ni .. 


Haa .. kalau kawan-kawan nak tahu .. ini lah benda pertama yang saya crochetkan lebih kurang 12 tahun yang lalu. Ingat sangat masa itu .. pertama kali saya pegang jarum crochet dan pertama kali belajar cara membaca pattern crochet. Dah ler pertama kali nak belajar, saya guna benang crochet yang halus tu .. bukan benang wool Nona atau Minlon. Saya belajar mengait ni dengan kawan sepejabat saya namanya Engku Suraya (dah lost contact dah dengan dia sejak tukar tempat kerja.. rindu kat dia). Rasa macam nak menangis pun ada tapi saya kuatkan semangat dan siap juga sehelai doily. Lepas dah siap .. saya terus simpan semua benang dan jarum crochet dalam kotak dan tak buka-buka lagi dah sampai lah 4 tahun  lepas semasa saya di United Kingdom, baru lah saya mula balik minat saya pada crochet. Bila saya jumpa balik doily ni .. saya terkagum sendiri .. wah .. terer jugak aku nih .. boleh kait guna benang halus nih .. AMAZING!! hehe (perasan gitu!).  Tak tau lah kalau sekarang ni saya nak buat doily ni menjadi ke tidak sebab ia memerlukan kesabaran nak siapkan kalau guna benang halus tu.. hmm .. kalau ada masa nanti boleh cuba lah .. hehe. 

Oklah .. setakat ini dahulu celoteh saya pada hari  ini. Jumpa lagi di lain masa. Selamat berpuasa dan happy crocheting semua!

You Might Also Like

3 ulasan

Popular Posts