Ramai yang tanya saya macamana nak mengait kasut baby .. susah saya nak terangkan dengan perkataan .. nak buat video tutorial pulak tak reti .. huhu .. sorrryyyyy ... terus terang saya sendiri belajar dari youtube. Tiga empat tahun dahulu tak banyak sumber rujukan di internet seperti sekarang. Mungkin jenis benang juga mempengaruhi hasil kaitan kita sebab biasanya tutorial yang ada kat youtube dibuat oleh orang-orang putih sana .. kualiti benang mereka lain. Oleh itu untuk mengatasi masalah itu kalau kita guna benang nona di Malaysia, kita buat double benang nya supaya tebal sedikit.
Harapnya video tutorial ini dapat membantu anda mempelajari cara-cara mengait kasut baby.
All the best.