Crocheted granny squares

8:30 PG



Assalamualaikum semua,

Dua tiga hari ni saya tak ada mood pula nak mengemas/packing barang. Entahlah. Stress sebenarnya mengemas barang ni. Masa mengemas tu terfikir macamana la pula nak unpack nih .. adui hai ... mau dua tiga bulan juga nak unpack ni nanti. So .. untuk tidak menyusahkan hati saya seperti  biasa saya alih lah perhatian saya kepada crocheting. Kali ini saya cuba belajar buat 'granny square'. Suka sangat tengok hasil kerja 'pakar-pakar' crochet mengait granny squares - granny squares yang kecil dan mencantumnya untuk menghasilkan selimut, beg dan sebagainya.



Kenapa agaknya di panggil granny square ye? Hmm .. musykil .. Agaknya ada la nenek sesiapa yang cipta cara mengait ni kot .. haha .. melalut pula saya.

Anyway .. saya memang lamaa dah teringin nak buat granny square ni tapi tak ada idea nak dijadikan apa .. selimut dah banyak dah. Lagipun kalau nak buat projek dengan granny square ni memerlukan kesabaran yang tinggi .. ye lah .. nak kena buat dulu kecil-kecil lepas tu nak disambung-sambung pula kan. Oleh itu saya cuba belajar dengan membuat benda yang kecil saja dulu .. cover untuk dvd player. Nak buat granny square tu mudah aje rupanya. Cuma teknik menyambungnya saya kena polish lagi. So .. ini lah hasilnya ... 



Macamana? Ok tak? Simple aje kan.. ini pun makan masa 3 hari juga nak siapkan .. hu hu. Saya plan nak tambah edging di tepinya tapi tengoklah kalau ada masa dan mood ..  he he. Seronok pula buat granny square ni. InsyaAllah nanti bila ada kerajinan lagi saya nak cuba buat projek lain pula.

Oklah .. Happy crocheting semua!

You Might Also Like

10 ulasan

Popular Posts