Selasa, 30 November 2010

Adult 'slipper'

Salam 2 all,

Brrrr .. sejuknya United Kingdom sekarang ni sejak seminggu yang lepas. Ada hari-hari yang suhunya mencecah ke -11C. Bumi UK ni diselaputi salji yang memutih .. indah sungguh permandangan. Maha Suci Allah. Tapi nasib baiklah di kawasan kami ni snownya tak tebal sangat. Bila dah sejuk-sejuk ni semangat nak mengait ni mula la berkobar-kobar. Pertamanya saya buat topi winter (yang simple je) untuk anak saya memandangkan topi-topi yang ada semuanya dah kecil. Boleh laa dia pakai masa main snow nanti (^^,).


Yang  keduanya, ingat tak booties yang saya buat bulan lepas? Alhamdulillah booties tu dah saya jadikan hadiah untuk Mawaddah, anak sahabat saya, Asmin.  Seronoknya bila tengok kaki Mawaddah yang comel menggayakan (cewah!) booties tu.

Kemudian, sebagai menyahut 'cabaran' sahabat saya yang lain yang 'jeles' tengok betapa comelnya kaki Mawaddah, saya pun cuba mengait 'slipper' untuk orang dewasa pula dengan menggunakan pattern yang sama tapi di besarkan ke saiz dewasa. Pening juga mula-mula tu tapi alhamdulillah hasilnya tidaklah mendukacitakan. Ini cubaan saya yang pertama membuat 'slipper'orang dewasa. Thanks Cikin sebab bagi semangat .. he he..  InsyaAllah di masa-masa yang akan datang saya akan cuba buat lagi.

Adult slipper for Cikin

Boleh laa pakai di rumah time sejuk-sejuk ni  :o). Sekian dahulu buat kali ini.

Happy crocheting semua!!!.

2 ulasan:

Far8 budak baik berkata...

farid ada gak kopiah tu hihi =p

Min berkata...

cakap kat syikin, bile nak balik msia nanti, soh dia faraid kat min ye...