Jumaat, 24 September 2010

Hola Amigo!



Hello semua.

Lama sungguh saya tak update blog ini. Sejak 4 bulan yang lalu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik, tapi Alhamdulillah sekarang dah semakin pulih dan boleh la mula semula kegiatan kaitmengait ni. Fikir punya fikir .. tak ada idea apa nak dijadikan projek. Kemudian, dua minggu yang lepas saya terjumpa sebuah kedai yang menjual benang-benang, alatan dan pattern untuk penggemar 'knitting'dan 'Ƨrocheting'. Fuhh ..  macam tak mau keluar aje dari kedai tu sebab seronok sangat tengok barang-barang yang dijual. Tengok aje laa sebab nak beli pun macam mahal lah juga. Sedang saya membelek-belek katalog pattern crochet, saya terjumpalah pattern topi dan cardigan ni .. owhh .. comelnyer model yang menggayakan cardigan dan topi nih. 


So saya fikir punya fikir .. hmm .. beli lah pattern tu. So inilah hasilnya.


Tengah cari model nak menggayakan topi ni tapi tak jumpa lagi. Cardigan pula dalam proses. Nanti bila dah siap, insyaAllah saya upload gambarnya. Oklah. Selamat mengait semua. 

Adios Monalitos Amigos. 

2 ulasan:

ayzagursoy berkata...

Cantiknya!!

MamaDaniel berkata...

cantikkkkkkknyer...! :)