points to ponder
8:21 PTGNabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’.
1. Kita adalah apa yang kita makan.
2. Jaga pemakanan keluarga kita dan anak-anak kita. Memang sekarang tidak apa-apa lagi sebab anak kita masih kecil, nanti bila dia sudah berumur 50 tahun, 70 tahun apa kesan jangkapanjang gula dan garam dalam pemakanannya?
3. Amalkan pemakanan sunnah.
4. Tolong jangan KEDEKUT untuk beli makanan yang mahal sedikit, tetapi yang TERBAIK untuk keluarga kita. Ini pelaburan awal untuk masa hadapan.
5. Makanan 'homemade' adalah yang terbaik.
6. Displinkan diri untuk membaca isi kandungan bahan makanan yang anda mahu beli untuk keluarga. Ambil masa untuk google apa itu ' sodium glutamate' (contohnya) dan kesan jangka panjang terhadap badan manusia. Semua orang sudah ada smart fon, jangan guna fon anda untuk google gambar artis sahaja.
7. Susu ibu adalah makanan awal paling terbaik untuk anak anda.
0 ulasan