Basic H yang A++

11:23 PTG

Salam 2 all,

Apa khabar semua? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Hari ini ialah hari ke 9 dalam bulan Shawal .. sekejap rasanya masa berlalu .. alih-alih cuti raya dah pun habis .. huhu. Hari ini rutin harian perlu dilalui seperti biasa. Siapa yang perlu bekerja ke tempat kerja .. siapa yang perlu bersekolah ke sekolah .. dan saya seperti biasa akan duduk di rumah membuat kerja-kerja rumah sambil mengait menyiapkan tempahan-tempahan yang belum siap dan online facebook .. hehehehe .. 


Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan Basic H Shaklee. Semasa cuti raya haritu saya pergi ke rumah kakak saya di KL. Kakak saya merungut lantai rumahnya 'berkerak' walaupun dah di mop selalu. Kebetulan saya baru saja beli sebotol Basic H Shaklee. Saya pun mengambil peluang untuk cuba try test betul ke Basic H ni bagus seperti yang diwar-warkan.  Saya ambil 3-4 titik cecair basic H dan meratakannya ke seluruh kawasan yang berkerak tu dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, saya renjis sedikit air dan menggosok dengan perlahan .. walla.. hilang semua kerak2 tu tanpa perlu menggosok dengan kuat.


Sebelum dicuci


selepas dicuci

Saya sangat impress dengan hasil yang diperolehi dengan menggunakan Basic H ni kerana ia adalah cecair pencuci yang amat lembut tanpa bahan-bahan yang merbahaya tetapi tetap berkesan malah lebih baik daripada produk-produk lain. Memanglah saya boleh guna cecair peluntur lain tapi Basic H ni sangat lembut pada tangan dan eco friendly. Shaklee Basic H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960 .. Tak sabar rasanya nak mencuba menggunakan Basic H lagi kerana ia ada 1001 kegunaannya.



Saya kongsikan disini pengalaman kak N yang merupakan pengguna tegar produk shaklee selama belasan tahun. Ini apa yang dikongsikan oleh beliau

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampin pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada.. memanglah sekarang ni ada mcm2 pencuci serbaguna tapi Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda... memang berbaloi-baloi.


 U all tak nak cuba ke? (^^,)





You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts