Selamat Hari Guru

6:12 PTG



Apa khabar semua? Lama dah saya tak update blog ini. Apa pun tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru pendidik yang mengunjungi blog ini. Sedar tak sedar sebenarnya semua kita ni adalah seorang pendidik. Mungkin kita tidak bekerja secara rasmi mendidik anak bangsa di sekolah-sekolah, tetapi setiap perbuatan kita dan cara hidup kita secara tidak langsung mendidik orang-orang di sekeliling kita terutama sekali anak-anak kita. Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita supaya menjadi yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling kita. Marilah kita berkongsi ilmu walau sekecik mana dan sebesar mana pun ilmu yang kita ada, insyaALlah.

Okay. Cukuplah dahulu tazkirah dari saya buat hari ini (ha ha ha .. terasa nak jadi ustazah la pulak pepagi nih .. hehe jangan marah haaa). So .. what have I been doing for the past one month? Sebenarnya tak banyak sangat yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan. Saya seperti biasa menyiapkan tempahan mengait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Bulan ini saya lebih banyak buat topi daripada membuat kasut. Syukur Alhamdulillah. Saya juga sedang sibuk menguruskan renovation rumah saya .. insyaAllah tak lama lagi saya akan berpindah ke rumah baru. ALhamdulillah rezeki Allah beri kepada keluarga kami setelah bertahun tahun lamanya menyewa rumah, akhirnya kami dapat memiliki rumah sendiri. Nak masuk rumah baru ni  banyak juga hal yang perlu diuruskan. Planningnya kami akan berpindah dalam bulan June nanti, oleh itu pada masa itu rasanya kena lah saya slow down aktiviti mengait saya ini. Bila dah habis kemas rumah dah settle down .. baru boleh tumpukan perhatian semula kepada crochet.

Oh ya .. saya juga nak berkongsi beberapa gambar dari salah seorang customer saya. Dia ada tempah dua topi dari saya dan kemudiannya digunakan untuk photoshoot majalah Wanita keluaran bulan April yang lalu. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mastura kerana sudi memakaikan topi hasil kait saya kepada anaknya yang comel itu untuk photoshoot tersebut. Terasa bangga la pulak .. hehe .. boleh tak? You all nak tengok gambarnya??

Inilah dia ..



comel kan?


Di bawah ini pula gambar-gambar tempahan yang telah siap saya buat dan dah sampai pun kepada pemiliknya.. enjoice ..












Ada banyak lagi tapi tak larat lah nak ambil gambar .. hehe .. Anyway .. terima kasih kepada semua customer yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat topi dan kasut untuk bayi anda yang comel .. thank you arigato.. Dan juga tidak lupa juga terima kasih kepada semua pengunjung blog saya ini kerana selalu sudi singgah membaca celoteh saya ini. Semoga Allah merahmati hidup kalian.

Sekian dahulu buat kali ini. Domo arigato, grasias, syukran .. happy crocheting semua!



You Might Also Like

1 ulasan

Popular Posts