Ahad, 2 Januari 2011

Buku Crochet


Assalamualaikum semua,

Saya ada mendapat beberapa komen dan pertanyaan daripada beberapa pengunjung blog ini (Thanks!!!) tentang di mana boleh mereka mendapatkan buku crochet. Saya dengar cerita buku seperti gambar di atas berharga RM80++ di Malaysia. Mahal tu!! Saya beli buku ni (online) dalam GBP11, kalau convert ke RM lebih kurang RM55 lah, tidak termasuk kos pos ke rumah. Jangan jeles haaa .... Di sini saya ingin berkongsi tips untuk mendapatkan buku crochet dengan harga lebih murah dan adakalanya FREE (he he he..) Caranya mudah saja .. download ebooks. Saya ada banyak ebooks yang sudah saya download hinggakan tak ada masa nak tengok .. ha ha ha .. (eksyen pulak !!).  Cuma yang lecehnya ebooks ni bila kita nak refer buku tu nak kena on komputer. Unless kalau kita nak print lah.

Contohnya buku ini >>>


Kalau nak download buku ini, klik di sini. Nah .. dah dapat satu buku crochet. Hebat betul dunia internet ni kan. Banyak juga buku yang kita boleh dapatkan melalui ebooks ni cuma kena spend some time looking for it.Macamana? Best tak? Semuanya is just a click away. Yang tinggal sekarang hanyalah memahirkan diri membaca pattern. Ada juga yang bertanya dan meminta saya menerangkan pattern dalam bahasa Melayu. Susah juga tu. Kalau saya nak terangkan dalam bahasa Melayu, saya kena translate semua istilah crocheting ke bahasa Melayu.. hmmm. Saya tak pasti di Malaysia sekarang sudah ada atau tidak buku crochet dalam bahasa Melayu. Kalau ada, mungkin boleh rujuk buku tersebut.

Oklah, selamat mencari buku-buku , maksud saya, ebooks-ebooks tentang crochet. Semoga hari-hari anda akan lebih ceria dengan kehadiran ebooks-ebooks tersebut (^^,).

Happy crocheting semua!

5 ulasan:

MamaDaniel berkata...

thanks for sharing... :)

Min berkata...

kak zara ciptalah istilah crochet tu dlm bm then g kat dbp cek... lepas tu boleh la buat buku dlm bm... wah, penulis buku la kakakku...

zara berkata...

wah .. tinggi cita cita tu cik min .. tapi mana tau kan kot menjadi .. wakakaka

Tanpa Nama berkata...

boleh dapat ke dari ebook?
apa webnya?

zuzu berkata...

susah la nak dpt buku crochet dlm BM, saya suka tgk buku crochet yg jepun punya, walau tak pandai baca tp dari diagram crochet tu takde masalah nak buat.. Kebanyakkan buku crochet saya sumer bhs jepun. cantik2 dianya patern.. Try cari di Kinokuniya KLCC, mau bertapa duk situ...heheehe