Crochet

Booties

9:52 PG


Salam 2 all,

Agak lama saya tak update blog ini. Busy sikit dua tiga menjak ni kerana saya tengah packing barang-barang masuk ke kotak. InsyaAllah dalam tempoh sebulan lebih sahaja dari hari ini saya akan pulang ke tanahair. YES!! Seronoknya rasa nak balik. Terbayang sudah wajah insan-insan tersayang yang menanti kepulangan kami sekeluarga. Terasa sudah kesedapan keropok lekor, tempe, pucuk paku, durian, rambutan, ketam ..(the list can go on and on ... hehe). Walaupun sibuk, saya tetap dapat mencuri sedikit masa untuk mengait. Pattern untuk booties ni saya baru dapat dari www.etsy.com. 

Ok .. Selamat Tahun Baru 2011 semua. Semoga tahun yang akan datang akan membawa kegembiraan kepada semua. Happy crocheting!!



santai

Flowers

12:24 PTG

Assalamualaikum 2 all,


Semalam seorang cikgu di sekolah anak saya minta saya tolong crochet kan beberapa bunga untuk tujuan jualan amal bagi pesakit cancer. Sudah hampir 3 tahun 6 bulan saya di sini barulah kini saya tahu rupanya anak perempuan cikgu ni meninggal dunia kerana kanser 3 tahun lepas. Patutlah selama ni cikgu ni macam grumpy je rupanya ada kisah di sebalik ke'grumpiness' dia tu. Perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak yang tersayang. Cerita cikgu tu lagi, setiap tahun dia akan mengait untuk tujuan charity bagi mengumpul tabung cancer.  Oleh itu saya kaitkan beberapa contoh bunga yan mudah saya nak buat untuk dia pilih. Kalau dia berminat boleh lah saya tolong sedikit sebanyak niat murni dia tu. Ini lah kelebihan orang-orang di United Kingdom ni. Mereka sangat bermurah hati dan bersedia untuk menolong  untuk tujuan kebajikan manusia. Mereka tidak pernah memandang rendah kepada golongan yang kurang bernasib baik, OKU, kanak-kanak istimewa dan sebagainya. Semuanya akan dibantu tanpa mengira warna kulit, pangkat, harta dan seumpamanya. Eh .. melalut lah pula. Emosional sekejap .. hehehe .. oklah. sekian untuk hari ini.

Happy crocheting semua!!

santai

Snowy Cold Day

6:16 PG







Salam 2 all,

Mencurah-curah lak snow  turun hari ni .. such a gloomy and cold day. Entry  hari ni tak de kena mengena dengan crochet ya .. saja nak share the 'coldness' dan keindahan permandangan semasa snow dengan pengunjung-pengunjung blog ini. Enjoy the picture!

Happy crocheting semua!!



Popular Posts