Pengenalan

4:11 PTG

Hello. Website ini dibina khas untuk penggemar seni kait-mengait (crochet). Saya memang dari kecil minat 'crochet' dan 'knitting' tetapi tidak berpeluang nak belajar secara mendalam. Buku rujukan di Malaysia tentang 'crochet' pula rasanya memang tak ada sangat. Kalau ada pun mahal dan pattern yang ada juga terhad kepada 'doilies', alas meja dan seumpama dan sewaktu dengannya. Jadi semangat nak belajar kait-mengait pun jadi kurang sebab tak banyak projek yang boleh dicuba.


Tetapi, bila dunia internet ini makin berkembang, rupanya banyak sangat pattern dan projek yang boleh dibuat menggunakan seni kait mengait ini ... tidak hanya terbatas kepada alas meja dan 'doilies' sahaja. Dengan 'crochet' kita boleh buat mainan untuk anak-anak, baju, pakaian anak patung, patung mainan, beg, dan juga perhiasan rumah jika pandai menggayakannya.


Oleh itu, di sini saya nak berkongsi maklumat dan pattern yang ada dengan anda semua. HAPPY CROCHETING!

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts