Assalamualaikum semua,
You all nak tau tak apa yang saya dok buat sepanjang seminggu lebih ni? Haaa .. selain daripada packing barang (tak sangka banyak juga barang saya .. hu hu ) yang nak di bawa pulang ke tanahair terchenta, saya berhempas pulas menyiapkan permintaan anak saya untuk memberi sedikit cenderamata sebagai hadiah kepada cikgu-cikgu dan rakan-rakan anak saya. Sebagai ibu saya faham sangat perasaan anak-anak saya. Ye lah kan .. mereka dah berkawan baik selama 3 tahun lebih ... dan selepas ini tak mungkin dapat berjumpa lagi .. sudah tentu mereka sedih untuk berpisah. Cikgu-cikgu di sini pula memang sangat rapat dengan murid-muridnya jadi memang anak-anak saya agak sedih untuk meninggalkan sekolah di sini. Anyway, saya mengambil keputusan untuk membuat amigurumi hearts sebagai hadiah kepada mereka-mereka yang dekat di hati anak-anak saya .. dan inilah hasilnya .. ta daaa>>>>>
ok la kot kan .. ini baru sebahagian yang siap .. banyak lagi nak kena buat ni tapi tak apa .. yang penting semua orang happy. Mungkin hadiah ini tak seberapa nilainya .. tapi yang pentingnya .. it comes from the bottom of our hearts .. hehe... Kemudian, saya beli 'charm straps' dan sangkutkan kepada amigurumi hearts tersebut seperti gambar di bawah >>
Jadi lah hadiah cenderamata untuk cikgu-cikgu dan kawan-kawan anak-anak saya. Bolehlah mereka sangkut di bag ke .. telefon ke .. hehe.. ok tak? Tak ok pun ok jugak lah. ha ha.. Bagi sesiapa yang teringin nak buat amigurumi hearts ni patternnya ada di sini.
Selain itu saya juga baru menyiapkan tempahan booties untuk anak saudara kawan saya. Harapnya tuan empunya badan suka dengan booties ini (^^,).
Ok.. sekian dahulu buat kali ini. Saya memang sangat bz sekarang ni. Barang banyak lagi tak packing ni. Doakan segala urusan saya dan urusan pengajian suami saya dipermudahkan Allah ya. Terima kasih di atas kunjungan semua ke blog saya.
Adios monalitos
Happy crocheting semua!
Assalamualaikum semua,
Aduh .. pening saya dua tiga hari ni .. mengalahkan orang yang buat phd pulak rasanya .. ha ha ha. Tak tau la sebab apa rasa macam ada deadline untuk nak buat semua benda sampai tak senang duduk dibuatnya. InsyaAllah lebih kurang 28 hari lagi semua barang-barang saya akan di masukkan ke dalam kontena untuk di'shipping' kan ke Malaysia. Semua kerja seperti packing, mengait tempahan booties dan kopiah, menyiapkan cenderamata untuk cikgu-cikgu sekolah, mencari cenderamata untuk keluarga di Malaysia, dll, mesti disiapkan sebelum itu. Serabut rasanya sebab saya ni .. time management yang kurang berjaya dipraktikkan. Kena bawa bertenang .. tarik nafas perlahan-lahan .. he he ..
Dua tiga hari yang lepas ni saya lebih tumpukan kepada mengait booties untuk di hadiahkan kepada 'duta' tetap blog ini iaitu baby Mawaddah yang sangat comel. Semoga Mawaddah terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayahnya. Booties dalam gambar di atas itu sama patternnya dengan booties dalam entri saya yang lepas. Alhamdulillah .. seronok tengok kaki Mawaddah yang comel tu menyarungkan hasil kerja tangan saya. Saya juga dah buat satu lagi booties untuk Mawaddah tapi belum lagi diberikan padanya.
Saya guna benang yang 'multicolour' ni. Cantik effect warna yang terhasil dan rasanya tak perlu lagi ditambah bunga. Ok Mawaddah. Nanti bila kita jumpa insyaAllah Mawaddah boleh pakai booties ni pulak ye. Sekian dahulu untuk kali ini .. Happy crocheting semua!
Alhamdulillah sessi belajar mengait booties saya telah selesai dengan jayanya. Seronok bila dapat buat booties untuk baby ni sebab hasilnya memang sangat comel. Sayangnya saya tak ada model untuk menggayakannya sebab anak semua dah besar .. ha ha ..
Oklah kepada kawan-kawan sekalian .. Happy crocheting!
Assalamualaikum semua,
Dua tiga hari ni saya tak ada mood pula nak mengemas/packing barang. Entahlah. Stress sebenarnya mengemas barang ni. Masa mengemas tu terfikir macamana la pula nak unpack nih .. adui hai ... mau dua tiga bulan juga nak unpack ni nanti. So .. untuk tidak menyusahkan hati saya seperti biasa saya alih lah perhatian saya kepada crocheting. Kali ini saya cuba belajar buat 'granny square'. Suka sangat tengok hasil kerja 'pakar-pakar' crochet mengait granny squares - granny squares yang kecil dan mencantumnya untuk menghasilkan selimut, beg dan sebagainya.
Kenapa agaknya di panggil granny square ye? Hmm .. musykil .. Agaknya ada la nenek sesiapa yang cipta cara mengait ni kot .. haha .. melalut pula saya.
Anyway .. saya memang lamaa dah teringin nak buat granny square ni tapi tak ada idea nak dijadikan apa .. selimut dah banyak dah. Lagipun kalau nak buat projek dengan granny square ni memerlukan kesabaran yang tinggi .. ye lah .. nak kena buat dulu kecil-kecil lepas tu nak disambung-sambung pula kan. Oleh itu saya cuba belajar dengan membuat benda yang kecil saja dulu .. cover untuk dvd player. Nak buat granny square tu mudah aje rupanya. Cuma teknik menyambungnya saya kena polish lagi. So .. ini lah hasilnya ...
Oklah .. Happy crocheting semua!


