tutorial

Tutorial ~ How to crochet baby booties

6:16 PG


Ramai yang tanya saya macamana nak mengait kasut baby .. susah saya nak terangkan dengan perkataan .. nak buat video tutorial pulak tak reti .. huhu  .. sorrryyyyy ... terus terang saya sendiri belajar dari youtube. Tiga empat tahun dahulu tak banyak sumber rujukan di internet seperti sekarang. Mungkin jenis benang juga mempengaruhi hasil kaitan kita sebab biasanya tutorial yang ada kat youtube dibuat oleh orang-orang putih sana .. kualiti benang mereka lain. Oleh itu untuk mengatasi masalah itu kalau kita guna benang nona di Malaysia, kita buat double benang nya supaya tebal sedikit.

Harapnya video tutorial ini dapat membantu anda mempelajari cara-cara mengait kasut baby.

All the best.

diamond stitch

Diamond stitch

12:04 PG





Salam Semua .

Lamaa saya tak update blog .. sori yer .. saya sangat-sangat bz. InsyaAllah nanti bila lapang sikit saya akan update blog seperti biasa.

Apa pun .. sekarang ni saya teringin sangat nak cuba kait diamond stitch seperti gambar di atas .. mesti cantik kalau guna stitch ni untuk buat beg ke .. sweater ke .. hmmm .. tak sabar nak mencubanya. Anyway .. bagi siapa yang nak cuba buat juga, di bawah ni ada tutorial bagaimana nak buat diamond stitch .. tapi bukan dalam bentuk topi .. basic je dulu ..

http://crochettalk.com/links-resources/1381-how-crochet-diamond-stitch.html

Jom belajar sama-sama!

belajar mengait

Tutorial Boys Two Strap Booties

7:49 PTG

Salam semua,

Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog saya. Nak kata sibuk tu, tak juga. Cuma tak ada idea apa nak dicoretkan. Sepanjang beberapa bulan yang lepas ni saya memenuhi masa saya dengan mengait tempahan-tempahan kasut dan topi kait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Syukur ke hadrat Allah kerana saya memang seronok mengait di samping dapat juga menambah kenalan-kenalan baru.

Saya juga ada beberapa kali mendapat email dan juga panggilan telefon dari kawan-kawan yang ada menjenguk ke blog kaitmengait saya ini bertanya tentang pattern, cara belajar crochet dan juga bertanya samada saya ada membuat kelas mengait. Jujur saya katakan saya ni tak de la terer sangat mengait sampai boleh nak buka kelas mengait, tetapi insyaALlah kalau ada yang saya boleh bantu, akan saya bantu. Saya sendiri juga banyak berguru dengan youtube. Lagipun saya tak berapa mahir nak menerangkan melalui perkataan terma-terma crochet dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. 

Walauapapun , di atas permintaan ramai (cewah .. ramai ker??), hari ini saya nak cuba buat tutorial kasut Boys Two Strap yang pernah saya buat sebelum ini. Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama saya mencuba untuk membuat tutorial, oleh itu sebarang kekurangan haraplah di maafkan. Juga perlu diingatkan bahawa pattern kasut ini saya cuba-cuba sendiri berdasarkan kepada gambar yang saya jumpa di google, oleh itu sebarang ketidaksempurnaan kepada bentuk dan patternnya haraplah dimaafkan juga. 

Baiklah .. mula-mula buat tapak kasutnya dahulu. Bagi sesiapa yang tak pasti macamana nak buat tapak kasut boleh tgk di http://www.youtube.com/watch?v=e7TCpHbNPCs

 

Kemudian saya buat double crochet di sekeliling tapak kasut ini seperti gambar di bawah berbmula dari bahagian tumit kasut. Buat dua round yer.
 

Selepas itu saya buat satu pusingan single crochet dengan warna yang berbeza, untuk kasut ini saya guna warna hitam. Kalau tak nak buat step ni pun tak apa sebenarnya. Bila dah siap satu pusingan, matikan benang dan ambil benang lain untuk ke langkah seterusnya. 


Untuk bahagian depan kasut, saya lipat dua tapak kasut itu untuk mencari titik tengah kasut .. Titik tengah kasut tu ada pada jari saya dalam gambar di bawah ini, kemudian saya kira 7 mata ke belakang dan saya sambung dengan benang yang lain. 


Untuk gambar di bawah, saya ch2, double crochet ke mata sebelahnya, kemudian 2dctog pada dua mata berikutnya. Kalau tak faham apa itu 2dctog, boleh tengok di sini http://www.youtube.com/watch?v=mpkr5OeQbRE


Buat 2dctog sebanyak 9 kali. Hasilnya seperti gambar di bawah.


 Sekarang, langkah yang ini tricky sikit. Ch2, kemudian 9dctog. (9dctog ni sama je dengan 2dctog tadi cuma buat 9 kali sahaja)
 Gambar di bawah selepas buat 9dc,



Gambar di bawah selepas 9dctog. Matikan benang.

Sekarang, ambil benang warna berlainan dan sambungkan di bahagian yang saya letak hook crochet tu.
 Buat single crochet sehingga ke hujung yang sebelah lagi. Single crochet ulang alik sehingga 8 barisan single crochet. Matikan benang.

 'Lidah' kasut dah siap.

Dengan menggunakan 'main color', sambungkan benang ke bahagian seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, buat ch2, dan dc sekeliling sehingga sampai ke bahagian sebelah lagi dan buat dc ulang alik sebanyak 4 barisan dc terhasil.




Untuk 'strap' nya, sambungkan benang dan buat ch12, sc ke ch yang ke sepuluh, dan sc pada semua ch yang berikutnya. Buat dua kali untuk membentuk dua strap. Kedudukan strap ni saya agak-agak sahaja. 



Untuk mencantikkan kasut, saya buat border dengan warna yang berbeza, sambungkan benang pada bahagian 'badan kasut' seperti yang saya tunjukkan di gambar di bawah dengan hook saya tu, dan sc di seluruh bahagian badan kasut dan strap kasut seperti gambar-gambar di bawah. Matikan benang di point yang terakhir.

Single crochet mengelilingi bahagian strap kasut.



Akhir sekali, jahitkan dua butang ke kasut tadi dan siaplah kasut Boys two strap saya yang tak seberapa ni. Practice makes perfect .. hehe. 



So, inilah hasilnya.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya tutorial saya ni tak cukup untuk membantu kawan-kawan memahami cara nak buat booties ni. Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan apa yang kita buat dengan jari kita .. huhu. InsyaAllah saya akan mengasah ilmu menulis tutorial/pattern crochet ni pada masa akan datang.

Till then, semoga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan kepada anda semua. Wassalam.

Happy Crocheting!

tutorial

Head sizes for Crochet hats

7:10 PTG

Salam semua,

Saya selalu pening kepala bila buat crochet hat sebab nak buat saiz yang sesuai dengan kepala .. saya terjumpa chart ini dari http://crochet-mania.blogspot.com. Harapnya dapat membantu kawan-kawan juga.


Head Sizes for Crochet Hats

Newborn
Head Circumference 13" - 14 "
Hat Circumference = 11.5" - 13"
Hat height = 5.5 to 6"
.................................................................
Baby - 3 to 6 months
Head Circumference: 14" - 17 "
Hat height= 6.5 - 7"
.................................................................
Baby - 6 to 12 months
Head Circumference: 16" - 19 "
Hat height = 7.5"
.................................................................
Toddler -12 months - 3 years
Hat height = 8"
Head Circumference: 18" to 20 "
.................................................................
Child - 3 - 10 years
Hat height =8.5"
Head Circumference: 19" - 20 1/2"
.................................................................
Teens
Hat height 9-10"
Head Circumference: 20 1/2" - 22"
.................................................................
Adult Woman
Head Circumference: 21.5" - 22.5" 

.................................................................
Adult Man
Head Circumference: 23" - 24" 

tutorial

Basic Stitches / Asas Mengait

1:27 PG

Nak buat crochet (mengait) mestilah tahu asasnya dahulu ... video-video di bawah ni diambil dari http://knitwitch.com/crochet%20videos.htm .


Tali air / chain (ch)



Single crochet (sc) /


Double crochet (dc)


Triple crochet (trc)


Half double crochet (hdc)


Harapnya dapat membantu semua yang tidak tahu istilah crocheting dalam bahasa English.

Happy crocheting semua!

Popular Posts