Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...
Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...
Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.
Cubalah pula petua @ amalan ini....
1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.
InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.
Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.
Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...
LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT
Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...
Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...
Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...
Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...
Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....
SMS/Whatsapp Zaharah 019-6536303
Dulu saya tak pernah dengar pun vitamin sintetik .. kalau makanan organik tu tau laa .. rupanya vitamin pun ada yang semulajadi, organik dan sintetik .. huhu ... jom baca apa itu vitamin sintetik, organik dan yang terbaik vitamin semulajadi.
Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita. Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin. Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin? Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.
Analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga jenis vitamin ini adalah seperti berikut:
Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik ni ibarat kordial yang berperisa buah, contohnya kordial oren yang menggunakan perisa oren yang diekstrak dari buah oren, hanya sedikit sahaja jus oren asli. Selebihnya hanyalah pewarna dan perisa tambahan. Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses yang boleh menyebabkan enzim buah termusnah dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je… Tahukah anda bahawa proses pengekstrakan jus tadi telah menyebabkan enzim buah musnah, lagipun jus yang telah diperah tadi perlu diminum dalam masa kurang daripada satu jam supaya jus tidak teroksida. Jadi apa yang kita minum sebenarnya? Hanya jus yang mempunyai rasa buah tanpa zat khasiat buah tersebut. Lagi pula, terfikirkah anda bahawa jus yang dipek dalam kotak tadi boleh bertahan lama lebih setahun; sudah semestinya jus tadi ditambah pengawet!
Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Kita bukan sahaja ingin menikmati rasa dan tekstur buah. Apa yang lebih penting adalah khasiat buah tersebut lebih utama.
Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!
Usia kanak2 adalah masa kritikal yang mana budak2 ni perlu diberi makanan yang cukup zat, bukan sekadar kenyang saja. Zat yang mencukupi bukan saja diperlukan untuk tumbesaran, malah kesihatan dan kecerdasan otak.
- Memilih makanan
- Suka makan sejenis makanan je
- Susah nak makan
- Banyak makan makanan ringan
- Ibu bekerja dan jarang dapat bekalkan makanan segar serta berkhasiat
Akibat makanan dan aktiviti yang tidak seimbang, ia memberi kesan kepada kecergasan, kecerdasan dan kesihatan anak2 ini.
Jadi apa perlu ibu lakukan? Ya, harga sebuah kesihatan memang sangat mahal. Jadi bayarlah sekarang sebelum nanti kena bayar bil hospital bila anak selalu je sakit.
'Belilah' kesihatan anak2 dulu.. Bayar dan usaha sikit untuk masa depan mereka. Sediakan makanan yang segar, kawal makanan ringan, pastikan mereka bersenam dan berilah Mealshake untuk bekalan semua keperluan zat makanan mereka.
Apa Mealshake ni? Bagi yang baru mengikuti, Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? Ya, semasa bancuh Mealshake, ibunya baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.


