nutriferon shaklee

10 Bahan Toksik Dalam Produk Harian Penyebab Autism

9:50 PTG


Menurut Centers for Disease Control, (CDC Amerika) 1 daripada 88 kanak-kanak dikatakn berpotensi untuk menghidap autism, dan kadar ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. Kadar penghidap autism ini juga meningkat sebanyak 78% berbanding 10 tahun lalu.

Children's Environmental Health Center (CEHC, dengan diketuai oleh Dr. Philip J. Landrigan, Pengarah CEHC, Dr. Linda Birnbaum, pengarah diNational Institute for Environmental Health Sciences (NIEHS), dan Dr. Luca Lambertini dari CEHC; telah mengeluarkan satu laporan yang menyenaraikan 10 bahan kimia berbahaya dalam produk kegunaan harian yang dikenalpasti penyumbang utama dalam masalah pembelajaran dan autism.

10 bahan kimia berbahaya tersebut adalah:

  1. Plumbum
  2. Methylmercury
  3. PCBs
  4. Organophosphate pesticides
  5. Organochlorine pesticides
  6. Endocrine disruptors
  7. Ekzos kenderaan
  8. Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH)
  9. Brominated flame retardants
  10. Perfluorinated compounds
 Di manakah bahan-bahan tersebut boleh didapati?

Plumbum 

Methylmercury

  • Makanan laut

PCBs

  • Bekas plastik
  • Lelemak haiwan dalam lilin, sabun, etc

 Organophosphate pesticides & Organochlorine pesticides

  • Sayur & buah-buahan yang tidak ditanam secara organik

 Endocrine disruptors

  • Bahan kimia sintetik
  • Air

  Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH)

  • Asap rokok
  • Air tercemar
  • Syampu, krim

 Brominated flame retardants

  • Ditambah ke dalam pelbagai produk dan barangan rumah bagi mengelakkan kebakaran - bahan elektrik, tekstil, etc.

Perfluorinated compounds

  • Habuk dalam rumah
Bagaimanakah? Di sekeliling kita memang tersedia benda-benda ini. Kerana itu kita harus menukar cara hidup. Kurangkan penggunaan bahan kimia dan bertukar kepada makanan organik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal, kalaupun tidak mencegah secara terus.

Dapatkan Nutriferon dari Shaklee untuk meningkatkan sistem imun badan untuk seisi keluarga. 



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di 

zah15@yahoo.com
0196536303




Nak kurus??

5:31 PTG





1- lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2- lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
3- lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
4- lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
5- lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
6- lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
7- lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
8- lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
9- lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.


Definately supplement yang perlu dicuba .. 


Baby sweater

5:58 PTG


Assalamualaikum semua

Seringkali saya ditanya adakah saya boleh membuat sweater/cardigan untuk baby .. hmm .. terus terang saya memang dah laaamaa memendam hasrat nak mencuba membuat sweater/cardigan yang cantik cantik tapi apa kan daya .. masa mencemburui hasrat saya itu. Apa pun saya just nak share pattern sweater yang nampaknya macam mudah nak dibuat .. insyaAllah saya akan cuba membuatnya satu hari nanti ..



Patternnya boleh di dapati di sini <> 

crochet hat

Sun hat

9:41 PG


Assalamualaikum semua


Alhamdulillah .. berjaya siapkan topi ni hari ni. Topi ini ditempah oleh seorang cikgu di sekolah anak saya untuk anaknya. Dah lama dah dia tempah .. lebih dua bulan dah rasanya .. huhu .. kesian cikgu tu kena tunggu lama.. anyway .. kalau u all nak buat topi ni .. Patternnya boleh dilihat di BLOG ini ya.

Esok 25hb June kan? Yes! Lagi sehari je sekolah dan lepas tu cuti 2 minggu .. yahoo!! haha .. bukan budak-budak yang seronok tapi mak budak yang lebih lebih pula kan .. hahaha .. Saya pasti semua orang akan bersetuju dengan saya bahawa para ibu juga perlukan cuti-cuti sebegini .. at least dapat rehat seketika daripada menggosok baju sekolah, jadi 'driver' anak-anak .. betul tak?

Orait .. take care ya semua .. have a great day ahead!


crochet hat

Selamat Hari Guru

6:12 PTG



Apa khabar semua? Lama dah saya tak update blog ini. Apa pun tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru pendidik yang mengunjungi blog ini. Sedar tak sedar sebenarnya semua kita ni adalah seorang pendidik. Mungkin kita tidak bekerja secara rasmi mendidik anak bangsa di sekolah-sekolah, tetapi setiap perbuatan kita dan cara hidup kita secara tidak langsung mendidik orang-orang di sekeliling kita terutama sekali anak-anak kita. Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita supaya menjadi yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling kita. Marilah kita berkongsi ilmu walau sekecik mana dan sebesar mana pun ilmu yang kita ada, insyaALlah.

Okay. Cukuplah dahulu tazkirah dari saya buat hari ini (ha ha ha .. terasa nak jadi ustazah la pulak pepagi nih .. hehe jangan marah haaa). So .. what have I been doing for the past one month? Sebenarnya tak banyak sangat yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan. Saya seperti biasa menyiapkan tempahan mengait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Bulan ini saya lebih banyak buat topi daripada membuat kasut. Syukur Alhamdulillah. Saya juga sedang sibuk menguruskan renovation rumah saya .. insyaAllah tak lama lagi saya akan berpindah ke rumah baru. ALhamdulillah rezeki Allah beri kepada keluarga kami setelah bertahun tahun lamanya menyewa rumah, akhirnya kami dapat memiliki rumah sendiri. Nak masuk rumah baru ni  banyak juga hal yang perlu diuruskan. Planningnya kami akan berpindah dalam bulan June nanti, oleh itu pada masa itu rasanya kena lah saya slow down aktiviti mengait saya ini. Bila dah habis kemas rumah dah settle down .. baru boleh tumpukan perhatian semula kepada crochet.

Oh ya .. saya juga nak berkongsi beberapa gambar dari salah seorang customer saya. Dia ada tempah dua topi dari saya dan kemudiannya digunakan untuk photoshoot majalah Wanita keluaran bulan April yang lalu. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mastura kerana sudi memakaikan topi hasil kait saya kepada anaknya yang comel itu untuk photoshoot tersebut. Terasa bangga la pulak .. hehe .. boleh tak? You all nak tengok gambarnya??

Inilah dia ..



comel kan?


Di bawah ini pula gambar-gambar tempahan yang telah siap saya buat dan dah sampai pun kepada pemiliknya.. enjoice ..












Ada banyak lagi tapi tak larat lah nak ambil gambar .. hehe .. Anyway .. terima kasih kepada semua customer yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat topi dan kasut untuk bayi anda yang comel .. thank you arigato.. Dan juga tidak lupa juga terima kasih kepada semua pengunjung blog saya ini kerana selalu sudi singgah membaca celoteh saya ini. Semoga Allah merahmati hidup kalian.

Sekian dahulu buat kali ini. Domo arigato, grasias, syukran .. happy crocheting semua!



Popular Posts