santai

Snowy Cold Day

6:16 PG







Salam 2 all,

Mencurah-curah lak snow  turun hari ni .. such a gloomy and cold day. Entry  hari ni tak de kena mengena dengan crochet ya .. saja nak share the 'coldness' dan keindahan permandangan semasa snow dengan pengunjung-pengunjung blog ini. Enjoy the picture!

Happy crocheting semua!!



Crochet

Adult 'slipper'

3:15 PG

Salam 2 all,

Brrrr .. sejuknya United Kingdom sekarang ni sejak seminggu yang lepas. Ada hari-hari yang suhunya mencecah ke -11C. Bumi UK ni diselaputi salji yang memutih .. indah sungguh permandangan. Maha Suci Allah. Tapi nasib baiklah di kawasan kami ni snownya tak tebal sangat. Bila dah sejuk-sejuk ni semangat nak mengait ni mula la berkobar-kobar. Pertamanya saya buat topi winter (yang simple je) untuk anak saya memandangkan topi-topi yang ada semuanya dah kecil. Boleh laa dia pakai masa main snow nanti (^^,).


Yang  keduanya, ingat tak booties yang saya buat bulan lepas? Alhamdulillah booties tu dah saya jadikan hadiah untuk Mawaddah, anak sahabat saya, Asmin.  Seronoknya bila tengok kaki Mawaddah yang comel menggayakan (cewah!) booties tu.

Kemudian, sebagai menyahut 'cabaran' sahabat saya yang lain yang 'jeles' tengok betapa comelnya kaki Mawaddah, saya pun cuba mengait 'slipper' untuk orang dewasa pula dengan menggunakan pattern yang sama tapi di besarkan ke saiz dewasa. Pening juga mula-mula tu tapi alhamdulillah hasilnya tidaklah mendukacitakan. Ini cubaan saya yang pertama membuat 'slipper'orang dewasa. Thanks Cikin sebab bagi semangat .. he he..  InsyaAllah di masa-masa yang akan datang saya akan cuba buat lagi.

Adult slipper for Cikin

Boleh laa pakai di rumah time sejuk-sejuk ni  :o). Sekian dahulu buat kali ini.

Happy crocheting semua!!!.

free crochet pattern

Kopiah (updated)

11:39 PG



Hello semua,

Saya baru je siapkan 2 kopiah lagi untuk anak-anak saya memandangkan kopiah cubaan pertama saya hari tu agak longgar bila dipakai oleh anak saya. Kali ini saya improvise sikit patternnya untuk di sesuaikan dengan jenis benang dan kepala anak saya (untuk abangnya besar sikit, untuk adiknya of course le kecik sikit).

So .. hari ini saya nak share pattern untuk membuat kopiah ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) ch 4, join with sl st in first ch to form a ring.
2) ch 2, 13 dc into ring, join with sl st to top of ch2. (14dc)
3) ch 3, dc in same st, 2dc in each dc around, join with sl st. (28dc)
4) ch 3, *2dc in next dc, 1dc in next dc*, repeat all around, join with sl st .(42dc)
5) ch3, 1dc in next dc, *2dc in next dc, 1 dc in next 2dc*, repeat all around, join with sl st (56dc)
6) ch3 , 1dc in next 6dc, 2dc in next dc, *1dc in next 7dc, 2dc in next dc*, repeat all around, join with sl st.
7) ch3, 1dc in next 7dc, 2 dc in next dc, *1dc in next 8dc, 2 dc in next dc*, repeat all around, join with sl st.
8) ch3, 1dc in next 8dc, 2 dc in next dc, *1dc in next 9dc, 2 dc in next dc*, repeat all around, join with sl st.
9) ch3, 1dc in next 9dc, 2 dc in next dc, *1dc in next 10dc, 2 dc in next dc*, repeat all around, join with sl st
10)ch3,1dc in next 10dc, 2 dc in next dc, *1dc in next 11dc, 2 dc in next dc*, repeat all around, join with sl st.
11-19) 1dc in each dc all around, join.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika pattern ni kurang besar ke atau terlalu besar ke .. pandai-pandai lah adjust langkah 6 -10 tu .. tapi saya rasa dah ok dah sebab benang 'wool' ni kan boleh mengembang .. he he .. Saya pun buat ikut kesesuaian benang yang saya ada. Maaf lah saya tulis pattern ni dalam bahasa English sebab saya tak reti pula nak translate istilah-istilah crochet ni kepada bahasa Malaysia.

Ok ... happy crocheting semua.

Kopiah

2:17 PG



Hello semua,

Semalam saya belajar buat kopiah. Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabatku, Asmin Khassim, kerana meminjamkan kopiah anaknya supaya saya dapat meneliti dan mempelajari cara-cara membuat kopiah ini. Tapi hasilnya ni tak ler secantik yang Puan Asmin punya.. maybe sebab benang tu kembang sikit kot .. heh heh. Apa pun .. I am proud of my work. d^_^b


Happy crocheting semua.

Crochet

Crocheted Booties

1:44 PTG



Hello Semua,

Entah kenapa tiba-tiba semalam saya terasa teringin sangat nak crochet kasut untuk baby. So, ini lah hasilnya. Kasut ini sepatutnya ada reben untuk diikat pada kaki baby tapi di rumah tak ada pula reben. Kalau nak tunggu pergi kedai beli reben entah bila lah dapat upload gambar ke blog. Lama juga nak siapkan kasut ni. Hampir 8 jam (termasuk berhenti masak, makan, solat, dll). Tapi hasilnya memang menggembirakan hati d^_^b .

Ok lah .. Happy crocheting semua!

Crochet

Hola Amigo!

12:11 PTG



Hello semua.

Lama sungguh saya tak update blog ini. Sejak 4 bulan yang lalu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik, tapi Alhamdulillah sekarang dah semakin pulih dan boleh la mula semula kegiatan kaitmengait ni. Fikir punya fikir .. tak ada idea apa nak dijadikan projek. Kemudian, dua minggu yang lepas saya terjumpa sebuah kedai yang menjual benang-benang, alatan dan pattern untuk penggemar 'knitting'dan 'çrocheting'. Fuhh ..  macam tak mau keluar aje dari kedai tu sebab seronok sangat tengok barang-barang yang dijual. Tengok aje laa sebab nak beli pun macam mahal lah juga. Sedang saya membelek-belek katalog pattern crochet, saya terjumpalah pattern topi dan cardigan ni .. owhh .. comelnyer model yang menggayakan cardigan dan topi nih. 


So saya fikir punya fikir .. hmm .. beli lah pattern tu. So inilah hasilnya.


Tengah cari model nak menggayakan topi ni tapi tak jumpa lagi. Cardigan pula dalam proses. Nanti bila dah siap, insyaAllah saya upload gambarnya. Oklah. Selamat mengait semua. 

Adios Monalitos Amigos. 

Popular Posts