other

Jangan tertipu dengan label organik!

4:16 PTG



Banyak produk organik dalam pasaran sekarang, ada sayur organik, ayam organik, makanan bayi, produk makanan, kosmetik, vitamin organik dan pelbagai lagi. Masalahnya; sejauh mana kesahihan organik seperti yang didakwa?  Sebagai pengguna kita harus peka, ambil peduli dan perlu bijak menilai supaya kita tidak mudah tertipu dengan hanya label PRODUK ORGANIK.

Sejak ada kesedaran 'green living' ni, saya banyak membaca, mencari maklumat supaya saya lebih faham cara membaca label pada produk. Berikut adalah antara maklumat yang saya ingin kongsikan kepada anda ibubapa yang prihatin. Jom baca!

kredit
Sekarang zaman kembali kepada ‘fitrah’ atau back to basic. Dapat kita lihat pada praktik menyusukan anak, menggendong anak, dan tak ketinggalan menggunakan barangan semulajadi dan organik.
Produk organik adalah pilihan terbaik di zaman penuh pencemaran ni.. Organik bermakna tanpa bahan kimia digunakan dari awal proses (penanaman dan penternakan) hinggalah kepada pengilangan dan packaging.
Namun begitu, adakah anda pasti produk ‘organic’ itu benar2 organik?

Untuk mendapatkan seal USDA Organic, satu2 produk itu mesti memiliki 95% bahan organik. 

Untuk mendapatkan seal Natural Products Association, sesuatu produk itu harus hanya mengandungi produk2 natural (not considering organic?). 

Untuk mendapat seal di atas, produk tersebut mesti mengandungi 70% bahan organik. 

Seal di atas agak kontroversi kerana meluluskan produk sintetik.. Banyak produk kegunaan harian yang menggunakan bahan kimia berbahaya meletakkan label ‘natural’, atau ‘organik’ pada packaging mereka kerana:
- USDA Organic hanya ‘cover’ bahan makanan & produk food-grade
- Tiada undang2 yang menghalang pengilang menggunakan nama ‘natural’ pada label mereka.
- Pengilang boleh menggunakan label “organic” bila bahan organik adalah 70%, walaupun mereka gunakan bahan kimia berbahaya.
Jadi, apa yang patut kita buat?
1- Perhatikan label. Even the famous B******* pun ada guna SLS.
2- Ketahui nama2 bahan kimia yang diperolehi dari tumbuhan supaya tak keliru.
3- Ketahui nama2 bahan kimia yang berbahaya.
Pastikan tidak tertipu dengan nama. Baca label terlebih dahulu! :)


Alhamdulillah sekarang saya tak risau sangat sebab saya dah jumpa produk yang 'green living', selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
zah15@yahoo.com
sms/whatsapp : 0196536303

kredit to dapuraulad.blogspot.com

other

Salam Maulidurasul

8:52 PTG


Salam Maulidurrasul kepada semua.

Bagaimana sambutan Maulidurrasul di tempat anda semua? Di Batu Pahat ni ada juga diadakan perarakan dan ceramah-ceramah umum. Teringat saya ketika di United Kingdom dahulu, walaupun United Kingdom bukan sebuah negara Islam tetapi umat Islam dan juga penganut agama-agama lain  tidak dilarang untuk menyambut mana-mana hari kebesaran dalam agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan asalkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah kami tinggal Highfields, Leicester iaitu di kawasan 'perkampungan' orang Islam. Semasa menyambut Maulidurrasul,  orang Islam di kawasan tersebut membuat perarakan sambil berselawat melalui jalan-jalan besar berdekatan pusat bandar Leicester. Walaupun jumlah peserta perarakan itu hanyalah mencecah 600 orang (agaknya lah).. tetapi laungan selawat dan takbir mereka bergema di kawasan perumahan kami. Sungguh bersemangat mereka mengingati perjuangan Nabi Muhammad saw.  Rasa sungguh terharu melihat umat Islam bersatu hati dengan satu akidah walaupun dikelilingi dengan orang bukan Islam. Terasa amat kerdil diri ini kerana walaupun tinggal di negara Islam, saya (saya tujukan pada diri saya ya), semasa sambutan Maulidurrasul masih juga sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Sudah berapa banyakkah sunnah Nabi Muhammad saw yang telah saya ikuti dan amalkan? Ya Allah .. berilah taufik dan hidayahMu kepadaku. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah, Ya Allah.

Oleh itu.. saya mengajak kawan-kawan semua dan diri saya sendiri, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya. Mari kita berusaha untuk mengenal Nabi Muhammad dengan lebih  mendalam. Jadikan Nabi Muhammad saw idola kita kerana Nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling sempurna. Kita ikutlah cara Nabi Muhammad beribadah, berkeluarga, berniaga, berpolitik, beradab .. insyaAllah akan sejahteralah hidup kita.  Marilah kita banyakkan selawat ke atas Nabi ..




Sekian, Salam Maulidurrasul kepada semua. Sehingga ketemu lagi. Wassalam.

Popular Posts