crochet booties

Mini hand bag

7:15 PTG



Assalamualaikum semua,

Lama dah saya dah update tentang kerja kaitmengait saya .. ia masih berjalan seperti biasa cuma agak slow sikit sejak kebelakangan ini sebab saya sibuk sikit dalam dua tiga bulan yang lepas hingga ke hari ini. Mula-mula pindah rumah .. lepas tu bulan puasa .. lepas tu raya .. sekarang ni anak saya sedang menduduki peperiksaan UPSR .. mohon doa kawan-kawan semua semoga anak saya dan semua anak-anak yang sedang dan akan menduduki peperiksaan besar tahun ini agar mendapat keputusan yang cemerlang .. insyaALlah. 

Bila asyik sibuk je dua tiga bulan ni .. badan rasa tak sedap je .. kaki lenguh-lenguh .. aduhh .. inilah dia .. kena terima kenyataan bahawa usia dah semakin lanjut .. badan dah tak kuat seperti dahulu. Bila duduk mengait lama-lama mula lah sakit pinggang .. kebas-kebas. Alhamdulillah selepas saya mengamalkan makan calcium Shaklee sebanyak dua biji setiap hari, hilang dah lenguh-lenguh badan saya ... 

Hmm .. berbalik kepada kerja kaitmengait saya tu .. alhamdulillah walaupun agak lewat .. tapi siap juga handbag kecil untuk anak kawan saya. (Gambar di atas). Ekceli dah siap dah sebelum raya tapi saya tak puas hati dengan hasilnya jadi saya buka kembali dan repair mana-mana yang patut. First time buat beg macam ni .. rasanya saya tak nak lagi lah buat beg sebegini sebab saya rasa bersalah bila hasilnya pada saya tak perfect .. huhu. 

Selain itu seperti biasa saya telah menyiapkan beberapa topi dan kasut yang ditempah. Terima kasih kepada customer-customer yang baik hati dan sabar menanti .. =) 




Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak snap gambar pula .. hehe.. 


OK .. sekian buat kali ini .. semoga ketemu di lain entri .. adios amigos .. 

Happy crocheting!!


belajar mengait

Tutorial Boys Two Strap Booties

7:49 PTG

Salam semua,

Apa khabar semua? Lama juga saya tak update blog saya. Nak kata sibuk tu, tak juga. Cuma tak ada idea apa nak dicoretkan. Sepanjang beberapa bulan yang lepas ni saya memenuhi masa saya dengan mengait tempahan-tempahan kasut dan topi kait yang Alhamdulillah tak putus-putus diterima. Syukur ke hadrat Allah kerana saya memang seronok mengait di samping dapat juga menambah kenalan-kenalan baru.

Saya juga ada beberapa kali mendapat email dan juga panggilan telefon dari kawan-kawan yang ada menjenguk ke blog kaitmengait saya ini bertanya tentang pattern, cara belajar crochet dan juga bertanya samada saya ada membuat kelas mengait. Jujur saya katakan saya ni tak de la terer sangat mengait sampai boleh nak buka kelas mengait, tetapi insyaALlah kalau ada yang saya boleh bantu, akan saya bantu. Saya sendiri juga banyak berguru dengan youtube. Lagipun saya tak berapa mahir nak menerangkan melalui perkataan terma-terma crochet dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. 

Walauapapun , di atas permintaan ramai (cewah .. ramai ker??), hari ini saya nak cuba buat tutorial kasut Boys Two Strap yang pernah saya buat sebelum ini. Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama saya mencuba untuk membuat tutorial, oleh itu sebarang kekurangan haraplah di maafkan. Juga perlu diingatkan bahawa pattern kasut ini saya cuba-cuba sendiri berdasarkan kepada gambar yang saya jumpa di google, oleh itu sebarang ketidaksempurnaan kepada bentuk dan patternnya haraplah dimaafkan juga. 

Baiklah .. mula-mula buat tapak kasutnya dahulu. Bagi sesiapa yang tak pasti macamana nak buat tapak kasut boleh tgk di http://www.youtube.com/watch?v=e7TCpHbNPCs

 

Kemudian saya buat double crochet di sekeliling tapak kasut ini seperti gambar di bawah berbmula dari bahagian tumit kasut. Buat dua round yer.
 

Selepas itu saya buat satu pusingan single crochet dengan warna yang berbeza, untuk kasut ini saya guna warna hitam. Kalau tak nak buat step ni pun tak apa sebenarnya. Bila dah siap satu pusingan, matikan benang dan ambil benang lain untuk ke langkah seterusnya. 


Untuk bahagian depan kasut, saya lipat dua tapak kasut itu untuk mencari titik tengah kasut .. Titik tengah kasut tu ada pada jari saya dalam gambar di bawah ini, kemudian saya kira 7 mata ke belakang dan saya sambung dengan benang yang lain. 


Untuk gambar di bawah, saya ch2, double crochet ke mata sebelahnya, kemudian 2dctog pada dua mata berikutnya. Kalau tak faham apa itu 2dctog, boleh tengok di sini http://www.youtube.com/watch?v=mpkr5OeQbRE


Buat 2dctog sebanyak 9 kali. Hasilnya seperti gambar di bawah.


 Sekarang, langkah yang ini tricky sikit. Ch2, kemudian 9dctog. (9dctog ni sama je dengan 2dctog tadi cuma buat 9 kali sahaja)
 Gambar di bawah selepas buat 9dc,



Gambar di bawah selepas 9dctog. Matikan benang.

Sekarang, ambil benang warna berlainan dan sambungkan di bahagian yang saya letak hook crochet tu.
 Buat single crochet sehingga ke hujung yang sebelah lagi. Single crochet ulang alik sehingga 8 barisan single crochet. Matikan benang.

 'Lidah' kasut dah siap.

Dengan menggunakan 'main color', sambungkan benang ke bahagian seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, buat ch2, dan dc sekeliling sehingga sampai ke bahagian sebelah lagi dan buat dc ulang alik sebanyak 4 barisan dc terhasil.




Untuk 'strap' nya, sambungkan benang dan buat ch12, sc ke ch yang ke sepuluh, dan sc pada semua ch yang berikutnya. Buat dua kali untuk membentuk dua strap. Kedudukan strap ni saya agak-agak sahaja. 



Untuk mencantikkan kasut, saya buat border dengan warna yang berbeza, sambungkan benang pada bahagian 'badan kasut' seperti yang saya tunjukkan di gambar di bawah dengan hook saya tu, dan sc di seluruh bahagian badan kasut dan strap kasut seperti gambar-gambar di bawah. Matikan benang di point yang terakhir.

Single crochet mengelilingi bahagian strap kasut.



Akhir sekali, jahitkan dua butang ke kasut tadi dan siaplah kasut Boys two strap saya yang tak seberapa ni. Practice makes perfect .. hehe. 



So, inilah hasilnya.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya tutorial saya ni tak cukup untuk membantu kawan-kawan memahami cara nak buat booties ni. Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan apa yang kita buat dengan jari kita .. huhu. InsyaAllah saya akan mengasah ilmu menulis tutorial/pattern crochet ni pada masa akan datang.

Till then, semoga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan kepada anda semua. Wassalam.

Happy Crocheting!

Crochet

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

8:57 PTG


.... Something turns to nothing
and nothing makes you cry
there are something in that something
its gone and you wonder why
life can't be lived in one thing
for that one thing could be that something
so wipe those tears of nothing
for tomorrow there will be something.....




Assalamualaikum semua.

Hmm .. lain macam je tajuk entri saya kali ni kan.. huhu .. saya memang tengah rasa kehilangan.. sedih.. sayu .. **sigh**. My life used to feel so complete. I used to have my dreams. I used to have a place i can always turn to or refer to. I could spend hours and hours just by admiring and looking at the beautiful pictures .. but now its all gone .. now .. i have nothing ..zero .. all my hard work, my dreams, my inspiration, my memories .. all are gone.. sedih .. sedih sangat. U all nak tau ke apa yang saya merepek kesedihan nih? Betul nak tau? Apa yang saya sedih sangat ni .. apa yang membuatkan saya rasa kehilangan sangat ni .. semuanya kerana laptop saya KAPUT .. rosak. Mesti u all kata .. "ek eleeh .. laptop rosak ke .. beli aje laa baru" .. memang .... memang husband tercinta saya dah belikan laptop yang baru (thanks dear!).. tapi ia tetap tidak dapat mengganti dan mengubati kesedihan saya sebab dalam laptop saya yang rosak itulah tersimpannya beratus-ratus file pattern, gambar-gambar, tutorial, dan sumber rujukan saya kepada dunia CROCHET saya. Dan kebanyakan pattern2 tu saya belum berkesempatan nak mencubanya lagi di sebabkan kesuntukan masa. Penat lelah saya selama 3 tahun 6 bulan di bumi United Kingdom mentelaah, buat research, mengumpul.. hilang begitu saja. Sedih... sedih sangat..... uwaaaaaaaa... :((

Apa pun .. hidup mesti diteruskan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. nasihat saya kepada kawan-kawan semua .. sayangilah apa yang ada disekeliling anda ketika ini .. when its gone .. there's nothing you can do to get it back .. huhu.

Anyway .. this the latest order yang baru saya siapkan. Kasut dan topi ni di order oleh Cik Mas dari http://misschokodoxstory.blogspot.com/ .. harapnya berpuas hati.


Ok then .. terima kasih kerana sudi membaca ngomelan saya hari ini. Semoga hari-hari yang mendatang membawa kegembiraan kepada kawan-kawan semua. 

Happy Crocheting!!


Popular Posts