Khamis, 5 September 2013

Petua dan vitamin untuk mudah hamil

Semua pasangan yang berkahwin mengidamkan zuriat yang comel-comel untuk menyerikan hidup mereka. Untuk mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, boleh amalkan doa dan zikir di bawah selain menjaga pemakanan supaya badan kita sihat. InsyaALlah segala doa dan amalan yang tulus ikhlas akan dimakbulkan ALlah .. Ingatlah bahawa perancangan ALlah itu lebih baik. 




AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya..



Selain daripada itu boleh lah tingkatkan kesihatan diri dengan makan makanan yang kaya dengan vitamin e, b, c dan protein. InsyaAllah kita usaha. 

Di Shaklee kami menawarkan set untuk kesuburan wanita dan lelaki yang alhamdulillah telah berjaya membantu ramai pasangan di luar sana yang menantikan cahaya mata, semunya dengan izin ALlah. 


 set budget utk kesuburan lelaki


set budget untuk kesuburan wanita


Set tambahan untuk kesihatan optimum dan persediaan untuk mengandung

Orang lain dah mencuba .. kita bila lagi? Allah mmg suruh kita berusaha selain bertawakkal kepadanya. 


hubungi saya untuk maklumat lanjut
zaharah
sms/whatsapp 0196536303

Tiada ulasan: