Isnin, 15 Julai 2013

Anakku ada asthma

  ASTHMA ..

Ramai tak di kalangan ibu-ibu di luar sana yang risaukan anaknya yang menghidapi asthma? Saya salah seorang daripadanya. Saya tak tahu pun apa itu asthma sehinggalah saya berumur 26 tahun. Keluarga saya tak ada sejarah asthma. Kawan-kawan saya pun tak de sorang pun yang menghidap asthma. Tak tau pun wujud penyakit tu (huhu .. betapa ignorantnya saya huhu). Saya hanya kenal asthma ketika anak sulung saya yang pada masa itu berusia 4 thn batuk tak berhenti-henti dan mula sesak nafas. Sejak itu mula lah eksplorasi saya dalam dunia asthma ..

Sebab  utama yang memungkinkan terjadinya asthma ialah faktor keturunan dan tinggal dalam persekitaran udara yang tidak sihat. Asthma boleh dikawal iaitu elakkan daripada terdedah kepada benda-benda yang boleh mencetuskan serangan asthma ni contohnya habuk, udara terlalu sejuk, ais, dan lain-lain. Ini ikut pengalaman saya lah. Anak-anak saya memang mudah sangat batuk selsema bila minum ais terlalu banyak dan terdedah kepada habuk. Kadang-kadang kerana terlalu aktif bersukan pun boleh sebabkan batuk juga.  Bila dah batuk dan selsema memang biasanya akan melarat kepada gangguan penafasan yang sangat berat >> asthma lah tu. Setiap kali kena serangan asthma terpaksa lah bawa anak ke klinik berulang kali untuk mengambil nebulizer. Memang tak boleh nak buat apa dah kalau dah kena serangan tu selain daripada berdoa kepada Allah.

Dulu saya pasrah .. kadang-kadang dah jaga sebaik mungkin pemakanan anak-anak, dah cuba sebolehnya untuk jaga persekitaran rumah supaya tak berhabuk, tapi anak-anak tetap juga kena serangan asthma selang dua tiga bulan sekali .. kiranya ok la juga ada orang lebih kerap kena serangan asthma. Ada yang memang bergantung kepada inhaler setiap hari. Alhamdulillah anak-anak saya tak la seteruk itu. Tapi syukur sangat sejak saya berjumpa dengan Shaklee dan konsisten memberi anak-anak saya makan Mealshakes, Omegaguard dan vitamin C, ALHAMDULILLAH kini anak-anak saya lebih sihat. Saya tak berani lah pula nak mengaku anak-anak saya dah bebas dari asthma tetapi apa yang saya boleh katakan dah lebih  8 bulan anak-anak saya tak kena serangan asthma walaupun mereka selalu minum air batu, main bola setiap hari, mandi (main air sebenarnya) lama-lama dalam bilik air.. syukur sangat. Sehinggakan semalam anak saya bertanya .. "Ummi .. kenapa dah lama tak kena asthma ye? Dah lupa dah bila last kena asthma" .. alhamdulillah .. syukur kepada Allah.




Tak rugi mencuba .. apalah sangat duit yang dibelanjakan untuk pelaburan kesihatan ini berbanding melihat anak-anak sihat, aktif dan bijak betul tak? InsyaAllah.


Jika anda berminat untuk mencuba boleh hubungi saya dan dapatkan konsultasi percuma.

Zaharah
sms/whatsapp : 0196536303



4 ulasan:

luqmankids berkata...

Saya setuju..tak rugi mencuba..supplement lebih baik dr mkn ubat kan?

Zara Nor berkata...

insyaAllah kita berusaha beri yang terbaik untuk anak-anak .. selebihnya Allah yang tentukan.

ashieta ashley berkata...

Aku kena asma teruk.stiap hari aku kena pakai inhaler.ventolin(biru), yg warna coklat n turbohaler.turbohaler kdg2 x bg effect sgt so trpaksa pakai ventolin.aku dh stress giler dgn pnyakit ni smpai doktor scan jantung aku kembang.aku x leh wat keje berat, kena rileks n cool je.xleh serabut2.makanan byk pantang.jadinya berat bdn aku susut.tubuh bdn aku pun salu lemah n letih.
Aku dh stress tahap gaban dh dgn pnyakit aku ni.TOLONGGGGG!

Zara Nor berkata...

Salam CIk AShieta Ashley

Pertama sekali .. jangan stress .. sebab stress sangat pun boleh mengundang pelbagai penyakit. Tak ada siapa pun yang suka nak sakit. Tapi Allah bg kita sakit sebab Allah nak kita lebih bersyukur dengan nikmat yang telah diberiNya.

Kedua .. Cik Ashieta boleh tingkatkan antibodi badan. Makan makanan berkhasiat. Elakkan perkara atau benda yang boleh trigger penyakit.

Ketiga .. Cik Ashieta boleh cuba ambil supplement untuk meningkatkan taraf kesihatan. InsyaAllah. Setiap penyakit ada penawarnya. Boleh hubungi saya 0196536303 untuk maklumat lanjut ya.