Selasa, 23 April 2013

Kebaikan Vitamin E untuk Ibu Menyusu



Antara vitamin yang sentiasa di cari di Shaklee ialah Vitamin E. Maklumlah vitamin E shaklee bersumber semulajadi, amat mudah diserap ke sel-sel badan dan sudah tentu kesan positif dapat dilihat dengan lebih cepat. Ramai yang makan vitamin E ni secara konsisten dapat mengatasi masalah kulit berjerawat dan berparut.


Vitamin E ni banyak sangat kebaikan dia. Tapi hari ni saya nak cerita tentang kebaikan vitamin E kepada ibu yang menyusukan anak.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E:

Mengelakkan anemia pada bayi

Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.

Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.

Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin

Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.

Vitamin E sebagai ‘first aid’

Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.

Persoalannya, apakah vitamin E yang sesuai dengan ibu menyusu?

UNTUK PENGAMBILAN VITAMIN E HARIAN




Untuk bekalan vitamin E harian ibu menyusu, GLA complex lebih sesuai kerana kandungan vitamin E-nya rendah – 15IU dalam satu kapsul.
kredit to vitaminsemulajadi.net



Tiada ulasan: