Apa khabar semua?

10:06 PTG

Assalamualaikum kawan-kawan semua ...

Fuhh .. sedar tak sedar dah 4 bulan saya tak post apa-apa dalam blog saya ni .. maklumlah sejak sampai di Malaysia pada 3hb Mac 2011 yang lalu saya sangat sibuk setiap hari. Ye lah .. unpack barang, uruskan persekolahan anak-anak, menyesuaikan diri dengan suasana kawasan perumahan yang baru dan lain-lain .. sehingga tak berkesempatan nak update blog. Alhamdulillah anak-anak sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan lifestyle di Malaysia. Rasa macam mimpi je hampir 4 tahun merantau di United Kingdom dan sudah semestinya pengalaman di Leicester akan kami kenang ke akhir hayat. Kepada sahabat-sahabat di Leicester (yang masih di sana atau pun yang dah pulang ke tanahair) .. we will surely miss you all. Semoga ukhuwwah yang terbina akan berkekalan ke akhir hayat.

Okeh ... jom kite cerita tentang crochet pula. Aduuhh .. rindu betul saya nak kembali mengait seperti dulu. Dengan rutin harian yang baru ini, agak susah juga saya nak mencari masa untuk meng'crochet'. Tapi alhamdulillah dalam kesibukan menguruskan tugasan harian sempat juga saya menyiapkan beberapa tempahan dari kawan-kawan saya. Semuanya saya siapkan dalam masa cuti sekolah yang baru saja berlalu. Jom tengok ya ..

Yang pertama .. 137 kuntum bunga pelbagai kaler dan bentuk .. berpeluh juga nak menyiapkannya. Kiranya jadi macam orang tengok bola .. asyik ingat bola aje .. tapi saya asyik ingat mengait aje .. makan mengait, minum mengait, tidur mengait, hahaha ... selagi tak siap rasa tak tenang je hati .. hu hu .. alhamdullillah bunga-bunga ni saya dah pos kepada tuannya dan dia berpuas hati .. (thanks iza!!)

100 small flowers

close up 100 small flowers
 
37 multi layered flowers

yang ini .. 100 bunga dan satu kumbang .. hahaha.. 


Yang keduanya .. saya juga menyiapkan tempahan Mary Jane booties ni .. semuanya 7 pasang sebenarnya tapi yang selebihnya saya lupa lak nak ambil gambar. Harapnya semua mummy dan baby yang memakai booties ini akan berpuas hati .. 


Selain itu .. saya juga baru berjinak-jinak menjual buku cerita kanak-kanak yang saya beli di United Kingdom dulu. Kalau kawan-kawan semua ada kelapangan jenguk-jenguk lah blog saya tu ya .. insyaAllah saya akan jual juga beberapa pattern atau buku craft/crochet yang saya ada. Kalau ada apa-apa pertanyaan, email lah saya ya.



Ok .. sehingga bertemu lagi .. HAPPY CROCHETING SEMUA!!

You Might Also Like

4 ulasan

Popular Posts