Flowers

12:24 PTG

Assalamualaikum 2 all,


Semalam seorang cikgu di sekolah anak saya minta saya tolong crochet kan beberapa bunga untuk tujuan jualan amal bagi pesakit cancer. Sudah hampir 3 tahun 6 bulan saya di sini barulah kini saya tahu rupanya anak perempuan cikgu ni meninggal dunia kerana kanser 3 tahun lepas. Patutlah selama ni cikgu ni macam grumpy je rupanya ada kisah di sebalik ke'grumpiness' dia tu. Perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak yang tersayang. Cerita cikgu tu lagi, setiap tahun dia akan mengait untuk tujuan charity bagi mengumpul tabung cancer.  Oleh itu saya kaitkan beberapa contoh bunga yan mudah saya nak buat untuk dia pilih. Kalau dia berminat boleh lah saya tolong sedikit sebanyak niat murni dia tu. Ini lah kelebihan orang-orang di United Kingdom ni. Mereka sangat bermurah hati dan bersedia untuk menolong  untuk tujuan kebajikan manusia. Mereka tidak pernah memandang rendah kepada golongan yang kurang bernasib baik, OKU, kanak-kanak istimewa dan sebagainya. Semuanya akan dibantu tanpa mengira warna kulit, pangkat, harta dan seumpamanya. Eh .. melalut lah pula. Emosional sekejap .. hehehe .. oklah. sekian untuk hari ini.

Happy crocheting semua!!

You Might Also Like

4 ulasan

Popular Posts